Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Demo bising sokong 'Datuk T' luar mahkamah

Regina Lee
Jun 24, 11
9:26am

Kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini.

datuk t supporters in court 1Kehadiran mereka adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.
Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis. 

Mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan mengedar bahan lucah itu.

Ketiga-tiga mereka itu adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim .

Sambil memegang kain rentang dan sepanduk 'Hidup Datuk T' dan 'Kami Sokong PERKASA', mereka juga melaung-laungkan sokongan kepada Datuk T.
datuk T supporters in court mohd suhaimin in whiteBercakap kepada wartawan kemudian, seorang lelaki berkata mereka adalah penyokong 'Datuk T' yang terdiri daripada “pelbagai NGO dari seluruh negara”.

"Kami beri sokongan tidak belah bahagi kepada sistem perundangan negara ini. Kami yakin dengan sistem mahkamah di negara ini.

"Kami 100 peratus pasti siapa lelaki dalam video itu dan beliau adalah siapa yang dikatakan oleh Datuk T. Jadi kami datang secara sukarela menyokong Datuk T,” kata lelaki yang tidak mahumendedahkan identinya.

Namun, beliau kemudian dikenalpasti sebagai Mohd Suhaimin (atas, baju putih), seorang pembantu kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik.

datuk t supporters in court 2Ketua PERKASA Perak Ahmad Zaini Ismailberkata mereka datang kerana menuntut kebenaran dan mahu keadilan ditegakkan.

"Tak ada orang yang bayar kami untuk datang,” katanay.

Meskipun suasana persekitaran agak bising dengan jeritan kumpulan itu, namun pihak polis hanya memerhatikan dan memantau dari jauh.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.