June 07, 2011
KUANTAN, 7 Jun – Seorang suri rumah cedera dipukul suami dengan anak lesung batu hanya kerana enggan makan tengah hari bersamanya di rumah mereka di perkampungan Cenderawasih di sini kelmarin.
Mangsa berusia 25 tahun terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah cedera di bahagian peha, dagu dan kepala.
Laporan Bernama Online memetik Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata, dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya, seorang pekerja swasta berusia 28 tahun kerana enggan makan bersama.
Katanya, mangsa mendakwa suaminya tiba-tiba bertindak ganas memukulnya dengan anak lesung batu.
Suami mangsa ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan, katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment