Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HABIS TANAH RIZAB MELAYU KENA REMBAT - BARU SEKARANG SEDAR


KAMI DI LAYAN SEPERTI SETINGGAN – berita hairan

Kira-kira 30 keluarga kakitangan awam yang mendiami kuarters kerajaan dekat Jalan Gunung Soga di sini, bimbang mengenai kebajikan dan masa depan mereka selepas menerima notis pengosongan kediaman masing-masing bagi membolehkan projek perumahan swasta dibangunkan di situ.

Notis yang diserahkan pemaju pada April lalu itu, meminta baki kakitangan awam yang masih menetap di kuarters terbabit mengosongkan kediaman mereka sebelum 8 Julai ini bagi memberi laluan kerja meroboh 140 unit kuarters bersejarah itu bagi membolehkan pembinaan projek perumahan komersial sederhana, separuh mewah dan mewah milik swasta.

Kebimbangan itu timbul berikutan tiada sebarang kepastian sama ada mereka akan diberi ganti kuarters kediaman lain, apatah lagi pembinaan kuarters baru di kawasan Sri Gading adalah milik Jabatan Kerja Raya (JKR).

Malah mereka curiga apabila menyaksikan nasib 110 rakan kakitangan awam lain yang diarahkan berpindah dan mengosongkan kuarters diduduki di situ sejak 2006, kini tidak terbela dan terumbang-ambing apabila pemaju mungkir janji membayar sagu hati berpindah RM600 serta elaun bulanan RM250 sebagai wang sewa rumah di luar.

Lebih mengecewakan kakitangan awam berkenaan pembangunan projek perumahan komersial di situ bukan saja bakal melenyapkan kuarters bersejarah yang dibina British sejak puluhan tahun lalu, malah bakal menghakis status rizab Melayu pada tapak kuarters terbabit di kawasan bandar.

Tinjauan Berita Harian ke kawasan berkenaan mendapati beberapa premis kuarters yang diduduki kakitangan awam di situ masih elok terjaga manakala kuarters yang tidak diduduki sudah semakin usang.

Seorang kakitangan awam serta penduduk di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Huraira berkata, beliau sangat kecewa dengan nasib yang terpaksa ditanggung kakitangan awam daerah ini yang terpaksa menerima nasib seperti melukut di tepi gantang.

“Kebajikan kami kabur kerana sudahlah tidak mendapat sebarang kepastian termasuk tawaran menduduki kuarters baru di Sri Gading itu malahan cubaan segelintir kakitangan awam yang mahu membeli rumah yang mahu dibina atas tapak di sini mendapat layanan dingin pemaju yang mengatakan pembeli sudah ada.

“Apatah lagi kami difahamkan harga rumah yang akan dibina bermula dari RM280,000 ke atas, sudah hampir pasti ia di luar kemampuan kami sebaliknya kami diarahkan pula menyewa rumah di luar, ini tentu akan membebankan kami yang rata-rata kakitangan awam biasa," katanya.

Seorang lagi kakitangan awam serta penduduk di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Raihana Tambien, berkata beliau sangat pilu mengenangkan nasib keluarganya yang terpaksa berpindah di kala umat Islam bersedia untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

“Jika penduduk kawasan setinggan pun menerima layanan baik kerajaan negeri sehingga mendapat pampasan puluhan ribu ringgit, adakah kami penjawat awam yang membayar sewa kuarters dan tinggal di penempatan teratur begini terpaksa menghadapi nasib seperti ini.

“Kerajaan British dulu pun amat prihatin menjaga kebajikan kakitangan awam dengan membina kuarters ini sebagai penempatan sebaliknya kini kami seakan-akan dihalau dan tidak dihargai bagi memberi laluan projek perumahan komersial yang bermotif keuntungan yang sudah tentu akan melenyapkan terus satu-satunya rizab Melayu di sini ini," katanya.

KAH KAH KAH....KAH KAH KAH....KAH KAH KAH

woit..PADAN MUKA… BARU NAK SEDAR…. kah kah kah..

kah kah kah… PAKATAN RAKYAT TERANGKAN TAK MAHU DENGAR…. kah kah kah...

kah kah kah...BILA ADA CERAMAH TAK MAHU DATANG... kah kah kah..

kah kah kah...SEKARANG APA SUDAH JADI?... kah kah kah

kah kah kah…. DAH TERKINCIT…BARU NAK BUKA SELUAR…. kah kah kah
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.