Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ketua Muslimat: Isteri harus taat suami tapi jangan lebih-lebih

June 05, 2011
GOMBAK, 5 Jun — Ketua Dewan Muslimat PAS yang baru, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, isteri sepatutnya mentaati suami dan ia juga diharuskan dalam al-Quran.Bagaimanapun kata beliau, sikap itu tidak boleh berlebih-lebihan.

“Kita memang perlu taat pada suami. Tetapi tidak ada ketaatan yang lebih tinggi selain taat kepada Allah.

“Jangan sampai tahap ketaatan kita pada suami itu melebihi sehingga mengatasi ketaatan kepada Allah,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata demikian ketika mengulas pelancaran Kelab Taat Suami semalam, sebagai antara penyelesaian ke atas masalah-masalah sosial di seluruh dunia.

Beliau berkata, walaupun isteri perlu mentaati suami, isteri tidak semestinya perlu mematuhi segala apa yang disuruh.

“Taat kepada suami itu wajib. Kita perlu patuh jika ia ke arah kebaikan. Tetapi jika suami menyuruh kita membuat perkara ke arah kemaksiatan dan melanggar syariat, kita diwajibkan tidak mematuhinya,” kata beliau lagi.

Bercakap mengenai soal poligami, Zailah berkata, perkara itu ada disebut di dalam al-Quran dan isteri tidak boleh mempersoalkannya.

“Poligami memang dibolehkan dan ia ada dalam al-Quran bagi sesiapa yang mampu. Isteri juga tidak boleh menolak hukum poligami itu. Persoalannya sekarang, sejauhmana kualiti suami yang ada sekarang?” soal beliau.

Pendapat Zailah itu juga disokong oleh timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmud sambil berkata, Kelab Taat Suami adalah langkah yang baik.Bagaimanapun katanya, kelab itu dilihat berat sebelah.

Mariah berkata, pihak kelab itu perlu membuat kajian bagi membuktikan  keretakkan rumah tangga berpunca daripada para isteri.

“Apa yang mereka nak ajar melalui kelab ini adalah perkara yang bagus, yang diminta oleh Islam. Tetapi pada masa sama, ia dilihat berat sebelah kerana seolah-olah meletakkan tanggungjawab kebahagian itu pada isteri dan menyalahkan isteri jika ada berlakunya masalah rumah tangga,” kata Ahli Parlimen Kota Raja ini.

Kata beliau, hakikatnya, suami juga perlu memainkan peranan dan perlu ada kaedah memberi dan menerima dalam hubungan suami dan isteri.

Dalam pada itu, seorang suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak, Ratina Shahean, 39, berkata Kelab Taat Suami merupakan satun platform yang bagus dan wajar disertai oleh wanita bagi mengelakkan perceraian.

“Kelab ini bagus. Tapi saya tak tahu secara terperinci mengenainya. Bagi saya rasa kelab ini wajar disertai, lebih-lebih lagi sekarang banyak berlakunya masalah cerai,” katanya ketika ditemui pada muktamar tahunan PAS di sini.

Selain itu, seorang suri rumah dari Kuantan, Menah Embong, 57, turut bersependapat dengan Ratina dan turut menceritakan pengalamannya yang pernah hidup bermadu.

“Saya isteri yang tua. Saya berkahwin dengan suami sejak dari umur 17 dan pernah hidup bermadu.

“Tetapi jodoh suami dengan madu yang lain tidak panjang dan akhirnya, suami saya masih bersama saya. Bagi saya, isteri perlu taat kepada suami dan sentiasa bersabar. Rumah tangga pasti harmoni,” kata ibu kepada empat orang anak ini.
Beli

au berkata lagi, kelab itu akan dapat memberi panduan kepada isteri agar lebih disayangi suami

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.