Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mat Sabu mahu Majlis Syura dinaik martabat, diberi kuasa audit

TERKINI @ 05:26:19 PM 05-06-2011
June 05, 2011
GOMBAK, 5 Jun — Mohamad Sabu hari ini mengesyorkan agar Majlis Syura yang dianggotai golongan ulama dinaikkan martabatnya supaya sayap itu mempunyai kuasa audit dan pengawasan mendalam terhadap prestasi barisan kepimpinan pusat yang dipilih perwakilan.
Timbalan presiden baru PAS itu melahirkan pandangan ini ketika timbul tanggapan bahawa perwakilan kumpulan ulama sudah terhakis di peringkat eksekutif parti susulan proses pemilihan kali ini.
“... kita menaikkan martabat Majlis Syura Ulama pada masa sekarang dan masa-masa akan datang supaya Majlis Syura boleh ada kuasa audit ke atas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat supaya ada elemen urus tadbir dapat diadakan dalam parti,” kata Mohamad (gambar) ketika menggulung perbahasan sebelum berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-57 petang ini.
Pada pemilihan kali ini Mohamad menewaskan penyandang jawatan Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mohamad dilihat sebagai wakil kumpulan profesional. Begitu juga peratusa perwakilan kumpulan profesional di peringkat ahli jawatankuasa kerja pusat di mana hanya satu pertiga merupakan kumpulan ulama.
Calon yang menang kerusi naib presiden iaitu Salahuddin Ayub, Datuk Paduka Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar juga dilihat sebagai golongan profesional.

Mohamad juga berkata, kepimpinan pusat PAS sentiasa menghormati dan mengikut jejak langkah ulama dalam memacu dan melicinkan pentadbiran kepimpinan parti itu, tidak seperti pihak lawan.
“Parti lawan hanya mengangkat ulama sebagai biro tetapi PAS meletakkan ulama dalam Majlis Syura, majlis tertinggi dalam PAS,” katanya lagi.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din yang menggulung perbahasan menyusul Mohamad berkata, beliau menyokong penuh idea memperkasakan Majlis Syura Ulama dengan diadakan saluran audit terhadap setiap pemimpin yang menganggotai barisan kepimpinan pusat.
“Ini perlu untuk memudahkan perjalanan pentadbiran PAS dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap suara ulama akan didengar dan keputusan dibuat mereka diterima setiap pemimpin PAS.
“Kita tidak pernah sekalipun tidak mengadakan (mesyuarat) Majlis Syura Ulama untuk berbincang segala perkara. Kita lihat pada senarai ulama dalam Majlis Syura. Mereka telah mencurahkan segala hidup mereka untuk mentadbir PAS,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.