Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Muhyiddin selar PAS korban prinsip Islam kerana politik

June 05, 2011

KUALA LUMPUR, 5 Jun  — Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PAS mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan presiden Umno itu juga mengecam PAS bimbang kebenaran di sebalik video seks itu, yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu, akan mencemar imej agama yang dibawa parti itu.
“Kemungkinan mereka sudah tahu latar belakang isu video itu . . . atau siapa orang dalam video,” kata Muhyiddin di sini hari ini.
“Tetapi ia (seharusnya) telah dibawa ke muktamar mereka . . . sebagai parti politik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam, mereka seharusnya mencari kebenaran,” kata timbalan perdana menteri ini selepas melawat ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.
Pagi tadi muktamar 2011 PAS membincangkan usul dibawa Dewan Ulamanya, yang antara lain mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh “Datuk T”.
“Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.
“Mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka,” kata usul itu.
Usul itu merujuk kepada penayangan video seks pada 21 Mac lalu kepada media-media terpilih, yang pelakonnya didakwa mirip Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Anwar sudah pun menafikan dakwaan itu.
Menurut usul itu, fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seseorang.
Umno dan media miliknya Kumpulan Utusan Malaysia menyerang PAS atas alasan mempertahankan Anwar dalam video seks itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.