Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Muslimat mahu 1 parlimen, 1 DUN tiap negeri

Jun 2, 11 4:16pm

Dewan Muslimat PAS Pusat akan berbincang dengan kepimpinan PAS Pusat bagi merealisasikan cadangan supaya muslimat diberi kuota satu kerusi Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi setiap negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat Dr Siti Mariah Mahmud berkata, cadangan ini akan diperhalusi setiap Badan Perhubungan PAS negeri bagi memastikan calon yang dipilih, bersesuaian dengan kawasan yang ditandingi.

"Sebab kalau nak padankan calon dengan kerusi, kadang-kadang kita ada (calon) muslimat, tapi bukan dari DUN itu, jadi kita nak bawa dari DUN luar adalah perkara yang susah dalam politik.

"Kadang-kadang kerusi itu dah OK, tapi muslimat tempatan tak ada, kena import, itu ada masalah. Kita juga nak kena tengok siapa calon sebelah lawan, banyak faktor yang perlu kita teliti," katanya kepada pemberita pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-51 di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, Dr Siti Mariah yang juga Anggota Parlimen Kota Raja berkata, cadangan ini mungkin tidak akan meliputi Sabah dan Sarawak kerana faktor lokasi dan persekitaran politik yang berbeza berbanding dengan Semenanjung.

Ditanya mengenai kriteria pemilihan calon daripada Dewan Muslimat, beliau berkata antara ciri-ciri utama ialah calon itu perlulah mendapat keizinan suami dan keluarga, mempunyai kelayakan akademik dan ketahanan moral dan mampu membawa isu-isu rakyat dalam parlimen dan DUN.

"Cabarannya adalah lebih kepada muslimat untuk cari calon yang boleh menang ...dalam perkiraan politik tak guna letak wanita tapi tak boleh menang, jadi sokongan jitu jentera parti juga sangat diperlukan," katanya.

--Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.