Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Najib juga dakwa keputusan pemilihan PAS kemenangan DAP

June 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Jun — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulangi apa yang diperkatakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Melayu lain bahawa keputusan pemilihan PAS minggu lalu adalah kemenangan kepada DAP.
Najib pernah berkata bahawa PAS pada satu masa mendakwa pentadbiran Barisan Nasional (BN) mesti ditolak supaya memihak negara Islam, tetapi parti Islam itu dengan cepat mengubah pendirian ekoran bantahan daripada rakan mereka dalam Pakatan Rakyat — DAP.
“DAP telah berjaya dalam mengubah perjuangan PAS,” kata perdana menteri pada majlis turun padang di kawasan AU5 Lembah Keramat.
Najib yang juga presiden Umno berkata, barisan kepimpinan baru PAS kini memperjuangkan negara berkebajikan dan bukannya negara Islam sambil berkata ia diambil daripada pegangan BN.
Malah kata beliau, BN sentiasa mengamalkan dasar-dasar negara berkebajikan, dan ia terbukti daripada peruntukan dana bagi kesihatan, pendidikan dan subsidi.
“Kami boleh menjelaskan dari A hingga Z jika anda mahu bercakap mengenai negara berkebajikan,” katanya lagi.
Najib berkata elemen konsisten diperlukan untuk mentadbir dengan baik tetapi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR sentiasa mengubah pendirian supaya dapat disesuaikan dengan keperluan mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.