Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Peluang Malaysiakini jawab saman Ummi Hafilda

 

View Image
13/06/2011 4:07pm

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Mahkamah Tinggi memberikan Mkini Dotcom Sdn. Bhd. sehingga Jumaat ini bagi menjawab saman fitnah yang difailkan oleh ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali terhadap pengendali laman berita Malaysiakini itu dan seorang bekas rakan perniagaannya.

Hakim Datuk V.T.Singham berkata, Mkini Dotcom mempunyai masa 14 hari bermula 3 Jun lepas bagi memfailkan pernyataan pembelaannya selepas ia memasukkan notis kehadiran pada 3 Jun lepas.

Hakim Singham kemudiannya menetapkan 1 Julai ini bagi pengurusan kes saman RM100 juta yang difailkan oleh Ummi Hafilda terhadap Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom.

Pada 25 April lepas, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.
Dalam saman itu, beliau mendakwa Nor Azman dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.