Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Presiden PAS: ‘Bukan Erdogan, tapi pasukan Nik Aziz-Hadi Awang’

June 05, 2011

GOMBAK, 5 Jun — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, barisan kepimpinan pusat PAS sesi 2011-2013, yang diumumkan semalam, bukan kumpulan Erdogan sebagaimana dilabel musuh-musuh politiknya ketika setiap kali diadakan pemilihan.
Sebaliknya Presiden PAS itu berkata, “ini adalah pasukan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) dan Abdul Hadi Awang.”
“PAS adalah parti Islam, parti AKP bukan parti Islam. Ini Malaysia, bukan Turki,” kata beliau yang dilihat merujuk kepada label-label bahawa PAS kini dikuasai oleh kumpulan profesional atau Erdogan ekoran keputusan pemilihan pusat parti yang berlangsung kelmarin.
“Ada macam-macam mengatakan tentang kepimpinan PAS yang baru, kali ini adalah kumpulan Erdogan. Saya katakan, ini bukan Erdogan tetapi pimpinan Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang. Ini PAS, ini bukan Turki tetapi ini Malaysia. Turki haramkan parti Islam. Pemimpin mengisytiharkan mereka bukan parti Islam . . . mereka terpaksa  terpaksa ikut cara pimpinan Barat,” kata beliau ketika berucapn menggulung perbahasan pada muktamar tahunan 2011.
Istilah Erdogan dikaitkan dengan parti politik dari Turki dan kepimpinan mereka.
Baru-baru ini, Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan juga menafikan wujudnya kumpulan ulama dan profesional dalam parti itu.
Sebaliknya kata beliau, label itu sengaja diadakan oleh Umno-BN menjelang pemilihan parti.
Beberapa media melaporkan bahawa pemilihan kali ini menyaksikan kumpulan ulama disingkirkan dan PAS dikuasai oleh kumpulan profesional atau Erdogan.
Label itu jelas merujuk ke atas persaingan timbalan presiden di mana Mohamad Sabu menewaskan Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang kedua-duanya dianggap sebagai ulama.
Jawatan naib presiden dimenangi Salahuddin Ayub, Datuk Pasukan Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.
Dua pertiga daripada 18 ahli jawatankuasa kerja pusat dianggap sebagai kumpulan profesional berbanding sesi 2009-2011.
Merujuk perkara itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, “saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada perwakilan dan rakan-rakan yang terpilih walaupun media massa telah melaporkan macam-macam mengenai mereka.”
“Kenyataan yang tidak menyenangkan, kita maafkan sahaja kerana mereka tidak sedar kejahilan mereka,” katanya lagi.
“Wartawan hanya melaporkan yang benar, apa yang diucap dalam ucapan dasar tetapi disiarkan oleh mereka yang bukan berada di sini. Wartawan hanya dikongkong oleh peraturan yang sangat kuno dalam negara kita,” tambah Hadi.
Mengulas lanjut isu komposisi ulama dan profesional, Hadi berkata, “kalau dilihat, perwakilan telah melakukan pemilihan sangat bijak.”
“Saya telah membuat kiraan tetapi bukan kiraan undi pemilihan, tapi kiraan tentang mereka yang terpilih,” katanya.
Kata Hadi seramai lapan orang yang terpilih mempunyai latar belakang jurusan agama, dua doktor, dua jurutera, seorang peguam, enam bekas pensyarah dan dua aktivis masyarakat.
Katanya, perlembagaan parti membolehkan pelantikan seramai enam ahli jawatankuasa kerja pusat, empat anggota Dewan Harian dan 14 pesuruhjaya PAS negeri yang turut akan menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa kerja pusat.
“Walaupun pihak luar menganggap yang tidak dipilh sebagai tercorot  tetapi bukan tercorot, mereka akan memainlan peranan dalam parti. Kalau dilihat nama-nama (ahli jawatankuasa kerja pusat), dua nama dianggap baru . . . Khalid Samad, Wahid Endut,” kata Hadi, merujuk kepada Ahli Parlimen Shah Alam dan Kuala Terengganu.
Hadi berkata, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam kembali menduduki ahli jawatankuasa kerja pusat selepas hampir dua dekad tidak berpeluang dipilih.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.