Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRU-13: Pemuda PAS tuntut kerusi MP, Adun lompat parti

June 02, 2011
SHAH ALAM, 2 Jun – Dewan Pemuda PAS mahu rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat (PR) menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Wakil dari Negeri Sembilan Mohd Fairuz Mohd Isa berkata, jika keyakinan rakyat merosot, dikhuatiri ia akan menyebabkan PR goyah semasa menghadapi pilihan raya umum.

“Kerusi-kerusi seperti Changkat Jering (di Perak), Kulim-Bandar Baru (di Kedah) perlu diberikan kepada PAS untuk bertanding, jika tidak kita khuatir keyakinan akan merosot, jangan sampai Pakatan Rakyat goyah,” kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS pusat pada muktamarnya hari ini. Selain PAS, PR dianggotai oleh DAP dan PKR.

Sejak pilihan raya umum 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Pada pilihan raya umum 2008, PR menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai pada 1990.

Ekoran tindakan tiga Adun masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh Barisan Nasional (BN). Tahun lalu, DAP juga kehilangan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak.

Dalam pada itu, perwakilan dari Sarawak Wan Husni Wan Osman mengkritik partinya kerana tidak sanggup untuk meminta lebih banyak kerusi ketika pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

“Kita terlalu lemah sehingga terpaksa menunggu sehingga dua hari sebelum hari penamaan calon untuk membuat persiapan dan memutuskan calon-calon kita,” katanya.

PKR meletakkan 49 calon pada pilihan raya negeri Sarawak tetapi hanya memenangi tiga kerusi manakala DAP yang bertanding di 15 kawasan menang sebanyak 12 kerusi. PAS tidak memperoleh kemenangan di kesemua lima kerusi yang ditandingi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.