Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saudi Telah Merasmikan Universiti Wanita Terbesar Di Dunia

RIYADH- Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah telah merasmikan sebuah universiti khusus bagi wanita, 'Princess Noura University Arab Saudi'  merupakan  universiti wanita paling besar di dunia dan menjadi sebahagian rancangan pendidikan kerajaan Arab Saudi.  Pembinaannya yang menelan belanja kira-kira 20 bilion riyal (RM17 bilion) terletak kira-kira 25 kilometer ke timur ibu kota negara itu di Riyadh dengan keluasan tapak kawasan kampusnya lebih 800 hektar.  PNU boleh menempatkan kira-kira 50,000 pelajar di kampusnya.

'Universiti Puteri Nora adalah simbol pendidikan wanita dan penyertaan wanita dalam pembangunan negara ini,' kata Encik Al-Assaf semasa memberi gambaran keseluruhan mengenai kampus itu, yang termasuk sebuah fakulti perubatan, sebuah pusat penyelidikan dan sebuah perpustakaan yang mempunyai lima juta buku dan jurnal.
Sebuah bandar sukan bagi wanita akan menjadi satu lagi daya tarikan universiti tersebut, selain sebuah terowong di sepanjang kampus universiti itu. Kawasan perumahan di PNU mempunyai sekitar 1,400 villa dan kemudahan hospital yang besar bagi membolehkan penginapan seramai 12,000 pelajar,' kata menteri itu.
 
Universiti itu menempatkan juga beberapa kemudahan utama lain yang mematuhi panduan sekitaran, selain mempunyai loji perawatan sisa pepejal, kemudahan perawatan air kumbahan serta beberapa gudang dan bengkel penyenggaraan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.