Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tak Mustahil Harga Barangan Keperluan Akan Turun Jika PR Merintah

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan mengurangkan harga bahan api dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Pemimpin-pemimpin Umno boleh mengatakan apa sahaja (mereka) mahukan, saya pernah menjadi menteri kewangan. Saya tidak mahu menjanjikan perkara-perkara yang mustahil,” kata Anwar pada satu ceramah di Brickfields di sini hari ini
Pentadbiran Najib baru-baru ini menaikkan tarif elektrik selain mengurangkan subsidi diesel bagi kapal-kapal perikanan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial. Putrajaya sejak tahun lalu memperkenalkan dasar pelarasan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga bahan api dengan harga RON97 diapungkan secara berperigkat-peringkat. Sejak awal tahun ini harga RON97 sudah naik empat kali. Anwar juga mengecam pentadbiran Najib kerana mengurangkan subsidi pengguna sedangkan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas, yang mencecah RM19 bilion tahun ini tidak disentuh sama sekali
“Apabila yang kaya menerimanya, ia (dikatakan) insentif. Apabila nelayan miskin menerima, ia subsidi,” kata beliau yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat

Nelayan dan operator bot di Kuantan mengadakan mogok selama tiga hari mulai semalam ekoran pemotongan subsidi diesel. Anwar berkata, beliau telah mengunjungi Bahrain dan Kuwait baru-baru ini, tetapi tiada negara pengeluar minyak di dunia yang menaikkan harga minyak seperti di Malaysia.

Justeru katanya, kenaikan harga minyak dunia bukan isunya memandangkan Malaysia mengeluarkan minyak.

“Apa yang kami ada untuk ditawarkan? Buku Jingga,” kata Anwar.
Buku Jingga, yang diterima oleh Konvensyen Pakatan Rakyat Disember lalu menyenaraikan 10 inisiatif untuk dilaksanakan dalam 100 hari pertama jika perikatan itu mengambil alih kerajaan persekutuan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.