Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA BERSUBAHAT KE ?

Gabungan kecewa timbang undi tak percaya ke atas SU Agung MTUC

October 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Okt Mesyuarat majlis am khas Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) petang ini dijangka panas dengan beberapa gabungan badan induk itu tidak puas hati dengan Setiausaha Agung Abdul Halim Mansor termasuk ada yang mahu membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau.

Kesatuan gabungan itu dikatakan kecewa dengan cara Halim mengendalikan krisis berhubung kait dengan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat Khamis lalu, dan mengambil tindakan didakwa bertentangan dengan keputusan MTUC termasuk berada di luar negara minggu lalu.

Pemimpin kanan beberapa gabungan mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa rasa tidak puas hati memuncak dan usul itu dipertimbangkan dengan mendalam.

Bagaimanapun beberapa kesatuan gabungan lain berpendapat bahawa kini bukan masa yang sesuai untuk membawa usul sedemikian ketika MTUC dan kerajaan berhadapan dengan ‘konflik’ ekoran tindakan Kementerian Sumber Manusia meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 tanpa menghiraukan permintaan agar ia ditangguhkan.

Majlis am khas MTUC dipanggil petang ini untuk membincangkan tindakan susulan — piket di seluruh negara ekoran tindakan kerajaan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen.

“Sama ada akan ada usul undi tidak percaya ke atas Setiausaha Agung Halim saya tidak pasti, tetapi apa yang boleh saya katakan ialah akan ada teguran ekoran tindakan beliua dalam isu yang sedang dihadapi oleh MTUC,” kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad (RUM) Abdul Razak Md Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

Halim dipilih sebagai setiausaha agung MTUC buat kali pertama Disember lalu menggantikan G Rajasekaran.

Razak juga mendakwa selain Halim, yang sepatutnya telah menangguhkan kunjungan ke Jepun, ramai pemimpin kanan MTUC tidak menghadiri piket di Parlimen minggu lalu.

The Malaysian Insider dimaklumkan sebahagian besar gabungan kecewa apabila Halim mengedarkan makluman menerusi e-mel mengatakan bahawa piket yang dirancang untuk diadakan pada 3 Oktober lalu di kawasan Parlimen telah dibatalkan.

Makluman itu dihantar pada 30 September iaitu sehari sebelum satu forum yang diadakan di Petaling Jaya berhubung Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011.

Satu mesyuarat susulan forum itu telah mengesahkan semula piket akan diadakan pada 3 Oktober sebagaimana diputuskan oleh mesyuarat majlis am 25 September lalu.

“Sebagai kesatuan gabungan kami terkejut dan terkilan dengan notis ini yang dihantar tanpa perbincangan kepimpinan MTUC sama ada di peringkat jawatankuasa kerja ataupun majlis am, ini bercanggah dengan semangat perlembagaan kongres.

“Jadi, saya pasti akan ada teguran, saya tidak mendakwa akan ada usul undi tidak percaya, tetapi akan ada teguran untuk memperbetulkan keadaan,” kata beliau lagi.

Seorang lagi pemimpin gabungan turut mengakui usaha ke arah itu tetapi menegaskan “kini bukan masa yang sesuai untuk membawa undi tidak percaya.”

“Kita ada isu lebih besar di hadapan kami... isu berkaitan dengan Akta Kerja yang dipinda dengan tidak menghormati kehendak MTUC, pekerja.

“Kami tidak mengeruhkan keadaan dengan memberi gambaran kepada pihak luar bahawa kami bertelagah sesama sendiri, tetapi apa yang pasti kami akan cuba memperbetulkan keadaan,” kata beliau.

The Malaysian Insider juga difahamkan perkara itu ada disentuh pada mesyuarat jawatankuasa kerja pada Jumaat lalu, yang mengesyorkan agar majlis am khas hari ini mempertimbangkan piket di seluruh negara berhubung Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011.

“Perkara mengenai tindakan Halim ada disentuh, tetapi Presiden MTUC Khalid Atan mahu pihaknya mendengar dahulu keterangan daripada Halim sebelum mengambil apa-apa tindakan,” kata seorang pemimpin yang menghadiri mesyuarat itu.

Menurut sumber itu, mesyuarat tersebut kecewa kerana Halim pergi ke Jepun sedangkan MTUC berhadapan isu besar dan “beliau sepatutnya berada dalam negara” untuk membantu kongres menguruskan krisis semasa.

“Mesyuarat pernah membuat keputusan agar kesemua pemimpin kanan berada dalam negeri sehingga isu ini selesai, tetapi keadaan sebaliknya berlaku,” kata sumber itu lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.