Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH KAYA MASIH BUAT KERJA KOTOR

Skandal telekom: India fail kes ke atas empat termasuk Ananda Krishnan, Ralph Marshall

TERKINI @ 04:06:50 PM 10-10-2011
October 10, 2011
 
NEW DELHI, 10 Okt Pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap tokoh perniagaan Malaysia T Ananda Krishnan  dan ketua eksekutif kepercayaannya Ralph Marshall bersama seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.

Agensi berita Press Trust of India berkata tiga tiga syarikat termasuk Maxis telah disenaraikan dalam kes itu.

Dua syarikat lain ialah Aspro dan Sun TV dari India.Bekas menteri India itu ialah Dayanidhi Maran dan adiknya bernama Kalanidhi.

Press Trust of India berkata Biro Siasatan Pusat (CBI) mengadakan serbuan ke atas premis kedua-dua beradik di Delhi dan Chennai.

“CBI telah memfaikan kes ke atas adik-beradik Maran, Ralph Marshall dan T Ananda Krishnan (gambar) dan tiga syarikat di bawah Seksyen 120b Kanun Keseksaan India yang dibaca bersama Seksyen 13(2) dan Seksyen 13 (1)(d) dan juga Seksyen 7 dan 12 Akta Pencegahan Rasuah.

“Kes ini didaftarkan pada 9 Oktober. Serbuan diadakan di New Delhi dan Chennai,” kata jurucakap CBI Dharini Mishra hari ini.

Bekas ketua Aircel C Sivasankaran mendakwa bahawa Dayanidhi Maran ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada Kumpulan Maxis dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran pelaburan dibuat oleh syarikat itu menerusi rangkaian Astro di Sun TV dimiliki oleh keluarga Maran.

CBI berkata selepas Aircel dijual kepada Maxis pelaburan dibuat oleh firma Malaysia ke dalam bisnes keluarga Maran.
Dalam pada itu jurucakap Maxis ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya sedar tentang perkembangan tersebut.

“Kami sedar mengenainya dan kami akan menghubungi anda kemudian,” kata pegawai komunikasi itu lagi.

Kumpulan Aircel merupakan rakan kongsi antara Maxis Communications Berhad dan Sindya Securities & Investments Private Limited dari India, yang mempunyai liputan perkhidmatan terbesar di negeri selatan Tamil Nadu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.