Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISU KEDAI KOPI, MENGAPA TAK LAPOR KEPADA JABATAN AGAMA ? ATAU JAWATANKUASA MASJID ?

DEMONTRASI BENGONG

Rabu, 5 Oktober 2011

UMno Semakin Meroyann..Demo Hanya Kerana Seorang Imam...


Penduduk Kampung Kerdas, Gombak semalam mengadakan demonstrasi aman ekoran tidak tahan dengan sikap seorang imam di Masjid Lama Batu 6 dekat sini yang didakwa sering menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan memburuk-burukkan kerajaan.


Demonstrasi yang dihadiri oleh lebih 100 orang itu diadakan di pekarangan masjid tersebut selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2 petang.


Ketua Kampung Kerdas, Zakaria Mohd. Yusuf (gambar kecil) mendakwa, imam tersebut telah bersikap biadab kerana menghina dan mencemuh jemaah termasuk warga emas ketika membaca khutbah.


"Dia lebih selesa membaca khutbah yang diolah sendiri dengan menyelitkan isu-isu sensitif dan fahaman-fahaman politik.


"Dia juga menghasut dan memburukkan kerajaan sedia ada," dakwanya ketika ditemui di pekarangan masjid tersebut di sini semalam (30/9/2011).

Jelasnya, imam itu turut didakwa memperlekehkan martabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengatakan teks khutbah Jumaat yang dibekalkan kepada semua masjid di negeri ini ketinggalan zaman.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.