Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA ADA LAGI PULAU HAK NEGARA YANG TAK PAKAI BAGI JE LA

October 11, 2011

Panas! Isu Pulau Batu Putih Milik Singapore. Semak Punca Kekalahan Di sini!!

http://beritasemasa.com/wp-content/uploads/2011/10/pulau-batu-putih4.jpg

Kami ingin imbas kembali isu Pulau Batu Putih memandangkan hari ini juga kami ada mengeluarkan artikel mengenai tuntutan terbaru Indonesia terhadap Tanjung Datu & Gosong Niger daripada Indonesia. Sejarah tetap sejarah, tetapi kami tidak mahu sejarah “buruk” seperti Pulau Batu Putih ini berulang lagi di masa hadapan…..

Berbalik kepada isu Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh (Pedra Branca ) diputuskan sebagai milik sah negara Singapura dan hanya Terumbu Karang Tengah (Middle Rock )dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) milik Malaysia. Pada hari Jumaat, 23 Mei 2008 Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan perkara tersebut di Hague, Belanda.

Samada authorize by sultan atau tidak, Mahkamah Antarabangsa (ICJ) telah menggunakan surat seperti yang tertera di bawah ini sebagai “pemberat” ketika memutuskan hak Pulau Batu Putih kepada Singapore. Dengan sedikit kesilapan & kecuaian awal ditambah dengan bukti berdasarkan surat di bawah ini, Pulau Batu Putih yang sepatutnya menjadi hak bagi Malaysia telah menjadi Pulau Idaman semata…

12 Hakim bersetuju memberikan Batu Putih/Pedra Branca (BP) pada Singapura berbanding 4 menentang. ICJ menolak penguasaan rumah api yang dikawal selia oleh Singapura dan kawalan mereka dalam menguasai pulau itu dengan kehadiran rumah api tetapi menerima surat Setiausaha Kerajaan Johor kepada Singapura pada tahun bertarikh 21 Sept 1953 yang mengatakan Johor tidak akan menuntut kedaulatan BP sebagai isu paling utama. Oleh yang demikian, dengan surat itu sahaja sudah melucutkan kekuasaan Johor pada Pulau Batu Putih menurut pandangan ICJ.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.