Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEPATUTNYA INDIVIDU FAHAM APA ITU AKIDAH

JIKA RAKYAT TAK TAHU APA MAKSUD AKIDAH MAKA SIAPA HARUS DIPERSALAHKAN ? IBU BAPA ATAU JABATAN AGAMA ? SEBAB ITU PENDAKWAH JANGAN CERITA PASAL PUTUS HAID SAJA, YANG SUSAHNYA PENDAKWAH PULA KENA ADA LESEN BARU BOLEH CAKAP PASAK AGAMA

NGO mahu Jais wujud SOP elak usaha pesong akidah Muslim

October 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 OktPelbagai pihak menyifatkan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran orang Islam pada satu jamuan di sebuah gereja di Petaling Jaya sebagai bukti wujudnya kegiatan pihak tertentu yang cuba memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Mereka meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mewujudkan satu prosedur operasi standard yang boleh diguna pakai oleh Jabatan Agama Islam di negeri-negeri agar tindakan yang diambil bagi membendung kegiatan itu tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata titah Sultan Selangor itu memberi keyakinan kepada pihak berkuasa agama untuk terus bertindak melindungi akidah umat Islam di negara ini terutama generasi muda daripada dipesongkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata kejadian di Selangor itu seharusnya menjadi iktibar khususnya kepada semua pihak berkuasa agama supaya sentiasa berusaha menangani masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat Islam kini yang mungkin menyebabkan akidah mereka mudah dipesongkan.

Dalam satu kenyataan semalam, Sultan Selangor bertitah bahawa telah berlaku cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah orang Islam dalam majlis di Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lalu.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Amidi Abdul Manan pula berkata titah Sultan Selangor itu amat rasional dan menjunjung prinsip ihsan seperti yang dianjurkan dalam Islam.

Katanya titah baginda itu begitu tegas dan berani dalam menyatakan kebenaran mengenai cubaan pemesongan akidah umat Islam tapi dalam masa yang sama menganjurkan rasa hormat bagi memelihara keharmonian pelbagai agama.

“Jelas, baginda amat memahami prinsip pemuafakatan dan dalam masa yang sama tegas mengekang golongan pelampau agama,” kata Amidi.

Beliau berkata tindakan Jais yang jelas mematuhi peruntukan landasan undang-undang memberi mesej yang jelas kepada pihak berkenaan agar menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Katanya pihak berkenaan seharusnya diberikan pemahaman mengenai peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan mengenai kesucian Islam agar mereka tidak cuba mengulangi perbuatan itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.