Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAKUT DENGAN HUKUM TUHAN ? JANGAN BUAT SALAHLAH !

Hudud: Jangan ganggu fabrik Perlembagaan, kata majlis bukan Islam

October 12, 2011
 
KUALA LUMPUR, 12 Okt Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa agar debat mengenai pelaksanaan hukum hudud khususnya yang difokus ke atas Kelantan sekarang diadakan secara rasional dan tidak seharusnya bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. 
 Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, majlis itu berkata pihaknya berharap semua pihak akan menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan meskipun ada pihak menyokong hukum Islam itu.

“Pelaksanaan hukum hudud memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan akan memberi kesan ke atas hak asasi bukan Muslim, yang sedia terjamin di bawah Perlembagaan.

“Fabrik perundangan perlembagaan tidak seharusnya diganggu,” kata enam pemimpin majlis itu dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh presidennya Daozhang Tan Hoe Chieow, timbalannya Sardar Jagir Singh, tiga naib presiden Venerable Sing Kan, Rev Dr Thomas Philips dan Mohan Shan, setiausaha agung Prematilaka KD Serisena.

Isu hukum hudud yang menjadi perhatian sejak dua dekad lalu muncul semula bulan lalu. Justeru Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud hanya akan dilaksanakan ke atas Muslim dan mahu diberikan peluang melaksanakannya di negeri Pantai Timur itu.

Kelantan terus melahirkan hasrat mahu melaksanakan hukum tersebut ketika banyak pihak memberikan pandangan yang berbelah bahagi sama ada negeri itu mempunyai hak untuk menguatkuasakan perundangan Islam ini.

Kelantan telah pun meluluskan enakmen berkaitan pada 1993 dan begitu juga di Terengganu pada 2002 semasa diperintah oleh PAS.

Majlis itu juga berpendapat bahawa disebabkan majoriti rakyat sebuah negeri - Kelantan - memihak kepada hudud dan oleh itu rakyat keseluruhan negara seharusnya menerima perubahan tersebut, adalah satu tanggapan yang mengelirukan.

“Perlembagaan tidak boleh dibuang disebabkan oleh pandangan popular,” kata beliau. Malah menurut majlis itu, hak fundamental yang dijamin dalam perlembagaan tidak boleh diubah oleh majoriti rakyat.

“Setiap warganegara seharusnya diberi hak untuk mencabar bagi mempertahankan hak mereka,” kata beliau lagi.

Majlis itu menambah, langkah mengubah sifat fundamental perlembagaan hanya disebabkan kehendak majorit juga satu keadaan yang bahaya.

Oleh itu menurut majlis tersebut, kesemua agama seharusnya menghormati sensitiviti dan hak agama komuniti lain, dan cuba untuk hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

“Sebarang perubahan mesti dilakukan mengikut perlembagaan, bukannya bertentangan dengan perlembagaan,” kata majlis.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.