Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERUSKANLAH PERTIKAI HUDUD MENGIKUT ACUAN POLITIK UMNO

Hudud: Muslim boleh tikai enakmen tapi bukan prinsip Quran, kata Asri

October 06, 2011
Asri berkata pelaksanaan hukum hudud perlu dilihat secara komprehensif. — Foto fail
 
KUALA LUMPUR, 6 OktBekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa umat Islam tidak sama sekali mempertikai hukum hudud digariskan al-Quran, sebaliknya hanya boleh mempersoalkan enakmen berkaitan, yang digubal manusia, jika mereka tidak berpuas hati. 
 
“Saya tengok, dalam laporan media sejak kebelakangan ini, mereka mempertikaikan hudud... mereka tidak boleh mempertikai asas hukum hudud yang ada, dibawa oleh al-Quran.

“Namun mereka boleh mempertikaikan enakmen yang digubal oleh manusia, yang membabitkan hukum hudud, misalnya yang digubal oleh Kelantan, Terengganu atau Arab Saudi, mana-mana negara lain,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menambah, “ini kerana enakmen hudud yang digubal oleh manusia terdedah kepada kesilapan dan kekurangan di sana di sini.”

Asri berkata enakmen yang digubal, yang bersandarkan pada prinsip al-Quran sebenarnya merupakan perincian oleh para sarjana dan ulama.

“Misalnya isu potong tangan... dalam al-Quran disebutkan secara umum hukuman potong tangan dan aspek itu diperincikan oleh sarjana mengikut kesesuaian dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan,” kata beliau.

Jelas beliau, pelaksanaan hukum hudud perlu dilihat secara komprehensif dengan menyediakan keadilan dan taraf hidup yang baik oleh pihak kerajaan untuk rakyatnya, yang boleh mengurangkan kes-kes kecurian.

“Mengapa orang mencuri. Ada sebabnya, melainkan seseorang itu memang tabiat asyik mahu mencuri. Kalau ada pekerjaan, dia tidak akan mencuri... ini yang dikatakan keadilan di pihak kerajaan,” kata Asri, yang bulan lalu membentangkan kertas kerja berkaitan hudud di Kelantan, sekali gus mencetuskan semula kontroversi ini.

Oleh itu kata beliau, “kalau hendak mempertikaian enakmen, kita boleh mempertikaikan... misalnya prosedur, tidak lengkap, tidak mengapa.”

“Tetapi seseorang yang merupakan Muslim, tidak boleh kata hukum hudud al-Quran tidak adil,” kata beliau dengan merujuk kepada laporan media pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) semalam, yang menegaskan mereka kekal dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita.

Pengarah Eksekutif SIS Ratna Osman berkata, pihaknya kekal dengan pendirian yang diputuskan sejak 1993 itu — pada tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS meluluskan enakmen bagi menguatkuasakan perundangan itu.

Terengganu membawa enakmen yang sama satu dekad kemudian. Bagaimanapun pelaksanaan terbantut ekoran sekatan pusat atas alasan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Ratna berkata, SIS menentang perundangan itu kerana ia akan menafikan hak kaum wanita selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar jaminan berperlembagaan yang diperuntukkan.

“SIS percaya bahawa masyarakat perlu dikawal selia selari dengan prinsip kesaksamaan, keadilan dan maruah, dan bukannya menerusi penghakisannya dengan hukuman-hukuman kejam dan keras,” kata Ratna.

Jelas beliau, hukum hudud mendiskriminasikan kaum wanita kerana beban pembuktian, misalnya dalam kes rogol, terletak pada bahu mangsa.

“Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Hudud dan Qisas) 2002 mengatakan bahawa di bawah Seksyen 9, seorang wanita yang membuat laporan dia telah dirogol boleh dituduh qazaf dan dikenakan sebatan sebanyak 80 kali jika dia gagal menyediakan bukti.

“Meskipun pindaan telah dibuat untuk membenarkan bukti situasi, masih wujud kekeliruan,” katanya sambil menambah, “sebagai contoh, pihak mana yang perlu menyediakan bukti iaitu polis atau mangsa?”

“Pindaan tidak mencukupi dan keseluruhan undang-undang ini kekal sesuatu yang tidak adil,” kata beliau.

Asri berkata beliau kini bimbang kerana seolah-olah berlaku kekeliruan dengan banyak pihak “mempertikaikan hukum hudud al-Quran” kerana pendirian sedemikian boleh merosakkan iman.

“Saya bimbang kerana mereka tidak dapat membezakan antara hukum hudud al-Quran dan enakmen hukum hudud yang digubal manusia,” katanya lagi, yang mengulangi bahawa “al-Quran hanya menyediakan prinsip asas mengenai hukum hudud tetapi diperincikan oleh sarjana dan ulama” untuk dilaksanakan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.