Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ada mesej baru untuk rakyat

Khamis, 6 Oktober 2011

Ku Li: 'Undilah' ada mesej bagus untuk masyarakat.

NONEAhli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak keberatan jika video pengumuman khidmat pesanan awam 'Undilah' yang dikatakan mengandungi babak tidak disenangi ramai, ditarik balik.
  
"Bagi orang yang nak haramkan video itu kalau dia ada kuasa, dia haramkanlah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
  
Tengku Razaleigh merupakan antara tokoh yang muncul dalam video itu, yang menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik BN dan Pakatan Rakyat, tempatan dan ahli sukan.
      
Video selama 4.38 minit arahan pemuzik Pete Teo yang boleh diakses di laman 'Youtube' dan dilancarkan sempena Hari Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.


Tengku Razaleigh berkata beliau secara peribadi berpendapat video itu mempunyai mesej yang bagus untuk masyarakat.  

  
"Saya diminta bagi kenyataan untuk seru rakyat mendaftar (sebagai pemilih)... terutama sekali banyak muda-mudi golongan Melayu tak daftar, tapi kaum Cina ramai, jadi saya tampil ke depan," katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk siaran, dan yang sedemikian, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.


- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.