Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUNJUKKANLAH JANTAN KAT REMBAU, JANGAN SYIK TIDUR JE KAT PARLIMEN

Thursday, October 6, 2011

NGO Sedia Pertahan Md Sabu Malam Ini di Rembau !!


Sebelum mereka berdepan dengan Md Sabu, berdepanlah dengan SAMM terlebih dahulu!!

Sekiranya polis tidak bertindak mengikut mandat yang mereka ada, SAMM akan jadi benteng hadapan mempertahankan pimpinan dan juga memastikan keselamatan orang ramai! Ayuh anak muda hadir bersama SAMM menegak undang-undang yang dilihat berat kepada 'geng jahat'!!





Ceramah Perdana
bersama Tn Hj Mohd Sabu, che'Gubard dan YB Taufek A.Ghani
anj ; PR Rembau
6 Oktober 2011 (hari ini)
9.00 mlm
Kg. Pulau Bintongan, Rembau

1. Semua dijemput untuk hadir bersama dalam program malam ini dijangka ribuan penyokong akan datang hadir dan secara tidak lansung ia akan menjadi sumber pendapatan kepada orang Rembau
 
2. Kami telah sediakan tempat letak kereta dan kawalan keselamatan yang sepatutnya.
 
3. Dua minggu lepas ada sekumpulan orang yang menamakan diri mereka perkasa (dikenali sebagai pemuka Umno) telah menyerang secara gangster program Hj Mohd Sabu di Seremban. Polis gagal bertindak kerana tekanan, malah selepas beberapa penyerang dikenalpasti pun masih belum ada tindakan polis. Sekurang - kurangnya hadirin cedera diserang.
 
4. Selepas itu kerana mungkin angkuh Polis tidak ambil tindakan mereka ini terus memberi amaran melalui media menyatakan "Md sabu jangan masuk N.Sembilan"
 
5. Namun PR Rembau melihat isu serangan terhadap Md Sabu dan isu sejarah perlukan penjelasan maka kami anjurkan program bersama Hj Mohd Sabu malam ini.

6. Kita percaya dan yakin dengan hadirin yang dijangka ramai, petugas serta persiapan keselamatan yang disediakan kejadian tidak diingini akan dielakkan. Lebih lebih lagi yakin Umno yang bertindak atas nama Perkasa juga pasti tidak mahu menunjukkan sikat tidak bertamadun mereka khususnya apabila tumpuan bertumpu kepada majlis malam ini. Ramai pihak media akan hadir untuk merakamkan apa yang akan berlaku malam ini. Tentu mereka tidak mahu rakyat melihat tindakan tidak bertamadun Umno di kawasan ketua pemuda pusat mereka.
 
7. Pihak penganjur menggalakkan politik matang baik sesiapa dijemput sama hadir. Malah jika ada pihak yang mahu menghantar memorandum dipersilakan melakukan dengan teratur, saya sedia menerima dan meneliti memorandum tersebut.
 
8. semua diseru datang dengan aman dan mendapatkan maklumat serta kemudian bersedia menyebarluaskan maklumat yang diperolehi

Bagaimana untuk sampai ?
  • Bagi yang menggunakan lebuhraya PLUS - keluar exit Pedas/Linggi/ Rembau
  • selepas membayar tol ambil ke kiri
  • sampai bulatan (berhampiran ILP) ambil kanan (jam 3)
  • terus sehingga persimpangan ada lampu Trafik. Ambil kanan terus sehingga melintasi pekan Rembau. Terus sehingga rumah undang lama, terus sehingga ada simpang tiga (persimpangan Kg.Batu) dan masjid sebelah kiri. Masuk simpang kiri dan dalam 2.5 km selepas itu tapak ceramah. InsyaAllah di simpang 3 masjid sudah ada petugas dan bendera.
  • Kalau dari Tampin, persimpangan Kg. Batu sebelum Pekan Rembau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.