Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


03 November, 2012

Maklumat Bocor!! Najib Bakal Gantung Nazri Aziz Minggu Depan?

Dari sumber maklumat dalaman UMNO wisma putra, nazri aziz bakal di gantung oleh najib razak kerana najib mahukan kesemua MP dan ADUN BN bersih dari sebarang skandal yang buruk dan tuduhan hitam, dari maklumat yang era pasca terima, nazri aziz akan di gantung minggu hadapan oleh tim najib sebagai menteri undang undang dan ahli parlimen bagi membersihkan namanyaatas tuduhan menerima rm 3 juta dari kes penggubahan wang haram rm 40 juta umno sabah.

Arahan ini bagi membuktikan UMNO telus dalam kes RASUAH! nazri akan di jadikankambing hitam terbaru bagi umno untuk memenangi pilihanraya umum ke 13.berikut adalah jawapan nazri aziz yang semakin tertekan dengan tekanan dalaman dari kem umno wisma putra.

Nazri Aziz hari ini mengakui mengenali Michael Chia tetapi menafikan tuduhan bahawa beliau membersihkan nama Cukong balak itu berkenaan dakwaan rasuahnya, Nazri menerangkan bahawa beliau menjawab soalan mengenai Chia yang didakwa menyeludup wang rm 40 juta dari hongkong untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana tugasnya sebagai menteri undang undang,

Saya menteri saya tidak ada kepentingan peribadi dan saya tak tahu saya ada kepentingan, apa kepentingan saya ada - nazri aziz pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pagi ini menuduh beliau mempunyai kepentingan mempertahankan Chia kerana anaknya Nedim telah menggunakan kenderaan mewah didaftarkan atas nama Chia.

Menteri itu berkata beliau tidak hairan dengan tuduhan Rafizi sambil menggelarkan pemimpin PKR tersebut sebagai bukan siapa siapa seperti hanya gigitan nyamuk dan perasan, nazri azizi mengingatkan Rafizi bahawa jawapan beliau di dalam Parlimen dalam kontroversi itu kerana ia datang dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dan Jabatan Peguam Negara agensi yang menangani kes tersebut.

Nazri menegaskan kedua dua badan tersebut ''bebas'' dan kerajaan tidak mempunyai hak untuk menutup kes, Saya tidak ada kuasa dalam SPRM jadi saya tak boleh menutup kes, mereka bebas jadi bagaimana saya nak dirasuah jika saya tidak ada kuasa?

Nazri aziz nazri aziz baru baru ini memberitahu Dewan Rakyat kerana Chia tidak ditahan di Hong Kong dengan 16 juta dolar Singapura RM 40 juta dan beliau mengetahuinya bila pegawainya memberitahu, Saya pun tidak tahu bahawa Chia tidak ditahan, Chia didakwa mempunyai kaitan dengan Musa Aman pada April lalu oleh Sarawak Report yang mendakwa beliau juga meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok Hong Kong dengan wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura.

Dalam sidang media Rafizi hari ini berkata bahawa ICAC badan pencegah rasuah di Hong Kong menutup kesnya selepas tidak dapat kerjasama dengan SPRM.  Bagaimana saya boleh mempengaruhi mereka? Saya tak boleh, Jawapan mereka bukan jawapan peribadi.

Laporan terkini dari kebocoran kem wisma putra, UMNO sudah siasat kes yang mendakwa nazri terima rm 3 juta dari chia minggu lepas, nasib menteri undang undang ini bakal sama senasib dengan bekas menteri jaga masyarakat. ~tiewnama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.