Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

11 December 2012

KUBU BN PECAH DI TAMBAK PAYA, PARLIMEN ALI RUSTAM


Melaka : Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat BN di Peti Undi Tambak Paya, apabila satu ceramah penerangan anjuran DAP berjaya diadakan di Taman Tambak Paya di sini malam tadi.

Sebelum semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat sukar untuk mengadakan program di kawasan tersebut disebabkan tiada pihak yang berani membenarkan perkarangan rumah mereka dijadikan tapak ceramah. Pakatan Rakyat juga menghadapi situasi yang sama untuk mengadakan program tersebut sehingga tapak program terpaksa ditukar 3 kali kerana tuan rumah telah diugut oleh pihak-pihak tertentu yang mendapat arahan dari pimpinan Barisan Nasional setempat.

Pengarah Program, Gandhi Rajan berkata kejayaan PR mengadakan program malam tadi membuktikan bahawa rakyat sudah berani membuat perubahan walaupun terdapat ugutan yang dikenakan terhadap mereka.

"Rakyat sudah buka mata, mereka tidak takut lagi, apa yang penting mereka mahu buat perubahan demi masa depan anak cucu mereka dalam semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, maruah dan sebagainya".

"Walaupun ada gangguan dan provokasi malam tadi, kita tetap meneruskan program kerana kita tahu program ini aman dan bukan mahu buat kacau" ujar Gandhi yang juga merupakan Naib Pengerusi DAP Melaka.

Ahli Dewan Undangan Port Dickson, M.Ravi dalam ucapannya kesal kerana kerajaan Barisan Nasional terus mengamalkan dasar perkauman dan diskriminasi terhadap sekolah-sekolah Tamil di mana ianya seolah-olah sekolah kelas kedua.

"Pasal apa sekolah itu diberi nama 'Jenis Kebangsaan" apa itu jenis, kita pun tidak faham".

"SJKT, SJKC semuanya ada 'jenis' nampak macam sekolah ini kelas kedua, ini diskriminasi kepada rakyat kaum India"ujar Ravi penuh semangat.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Senawang,  Gunasekaran pula berkata tindakan kerajaan yang menafikan hak kaum India untuk mendapat kerakyatan Malaysia adalah satu pengkhianatan dan kezaliman kepada mereka yang terlibat.

"Ada ratusan ribu orang India yang layak tetapi tidak dapat kad pengenalan, mereka ini fasih bercakap Bahasa Malaysia dan sudah tinggal lama di Malaysia, tetapi orang Filipina yang ada di Sabah cakap Melayu pun tak tahu boleh dapat MyKad"

"Jelas kerajaan BN zalim dan tidak menjaga kebajikan rakyat sendiri dan mereka menafikan hak rakyat" tambah Gunasekaran.

Program tersebut dihadiri kira-kira 150 di mana kira-kira 100 daripadanya adalah orang India. Ini merupakan perkembangan luar jangkaan kerana sebelum ini jika PR mengadakan program yang datang tidak sampai 5 orang India yang hadir. Malah banyak kali kempen PAS pada PRU 12 hanya 'dihadir'i oleh kerusi dan pokok-pokok. 

Turut berceramah pada program tersebut ialah aktivis PKR, M. Maniam dan Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustafa Ali  Dun ini ditandingi oleh calon PAS sejak dari dahulu lagi. Pada Pilihanraya Umum 2008, calon PAS, Haji Salim Tahir tewas kepada calon BN, Yunos Hussin dengan majoriti 2779, di mana Yunos memperolehi 6433 undi sementara Salim mendapat 3654 undi.

Untuk rekod, Peti Undi Tambak Paya terletak dalam Dun Ayer Molek dan Parlimen Bukit Katil di mana Ketua Bahagian Umno di kawasan tersebut ialah Datuk Seri  Mohd Ali Rustam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.