Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AES AKAN DIBATAL ?

Saman AES: Banyak soalan belum dijawab, dakwa Pas
Wartawan Sinar Harian
22 Disember 2012
Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar
 
KUALA LUMPUR - Pas mendakwa Kerajaan Pusat masih gagal menyediakan gambaran yang jelas mengenai status Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan membekukakan semua prosiding mahkamah sejak awal minggu ini.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengguna jalan raya masih memerlukan penjelasan berhubung kedudukan saman dan pelaksanaan AES.


Menurutnya, keputusan yang diumumkan Jabatan Peguam Negara juga masih meragukan.


Sehubungan itu kata beliau, kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang berkaitan AES.


"Pengguna jalan raya dan orang kena saman masih mempersoalkan, tak ada penjelasan yang jelas terhadap saman AES yang dikeluarkan oleh kerajaan.


"Kita kecewa dengan kegagalan kerajaan berbuat demikian dan keputusan dibuat bukan atas pendirian kerajaan," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata, keputusan dibuat Jabatan Peguam Negara juga memerlukan spesifikasi berkaitan masalah teknikal yang didakwa punca prosiding saman ditangguhkan.


Beliau berkata walaupun prosiding ditangguhkan, status pelaksanaan dan pengeluaran saman AES masih diragui.


"Jika AG kata saman itu ada masalah dari segi teknikal, apakah masalahnya berkaitan undang-undang jalan raya atau AES?


"Kalau masalah teknikal pembayaran kompaun atau saman yang telah dibuat perlu dipulangkan, ini tidak adil.


"Atau mungkin kerajaan takut ada masalah dengan perjanjian yang dibuat oleh dua syarikat yang terlibat dengan AES?" katanya lagi.


Mahfuz mendakwa kerajaan tidak berfikir panjang sebelum melaksanakan AES dan ia dilaksanakan tanpa perbincangan melibatkan semua pihak.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.