Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AJAK LA HADI BERDEBAT SAMA ADA UMNO KAFIR ATAU TIDAK

JANGAN JADI BODOH, SOALNYA MENGAPA BARU SEKARANG TIMBUL ISU NI ? SEDANGKAN IA BERLAKU 3 DEKAD DAHULU, BUKANKAH INI SENGAJA DIADAKAN KERANA HAMPIR PILIHANRAYA ? NAMPAKNYA UMNO CUBA NAK GUNAKAN ULAMA UNTUK BANTU SEMANGAT KEMPEN MEREKA YANG TELAH LUNTUR, SEMENTARA UALAM PULA MELATAH BAGAIKAN HILANG AKAL ! JALAN PENYELESAIANNYA ADALAH BERDEBAT, JANGAN JADIKAN ISU LAPOK ITU SEBAGAI BARAH DALAM OTAK ORANG MELAYU, ANDAINYA UALAMA TAKUT BERDEBAT LEBIH BAIK TUTUP MULUT, JANGAN MENGGATAL MULUT TU, PAKAI AKAL BILA NAK BUAT KENYATAAN JANGAN PAKAI OTAK ! Pak Karamu

17 Disember, 2012

Umno Terdesak, Harussani Ungkit Kembali Amanat Haji Hadi

KUALA LUMPUR - Dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena pertemuan bersama Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan di sini, hari ini.

Katanya, perkara ini sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti. "Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno sebaliknya ke atas Hadi.

"Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah," katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak hanya bercakap perkara yang benar sahaja.

"Ada ayat al-Quran menyebut jauhkan diri daripada prasangka tidak baik.  "Adalah lebih baik kita mengikut nas al-Quran, sama ada daripada tulisan atau ceramah," katanya.

Hadi Awang pernah mengeluarkan amanat demikian pada tahun 1981 dan menjadi pegangan ribuan ahli parti itu sehingga ke hari ini. ~sinar


 
  • Ashintura FC · Top Commenter · London, United Kingdom
    Alangkah moleknya jikalau Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak melaksanakan Perundangan Islam dan meninggalkan segala Amalan Jahiliyah dalam permerintahan negara. Rakyat akan mengikut amalan pemimpin mereka. InsyaAllah Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan terus membuabrkan PAS dan bersetuju dengan pendapat Tan Sri Mufti jikalau Negara ini mengikut ISLAM sepenuhnya.
    • Razman Rashid · Top Commenter
      alangkah baik juga kalau harus sana harus sini declare masuk umno.

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
      Daftar FREE dulu disini:
      http://www.stiforp.asia/wangmasuk
    • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
      Sesiapa yg bersama Syaitan Yang Dikenali beginilah jadinya... Demi pangkat, ganjaran dan kemewahan duniawi hingga lupa apa tanggungjawab yg sepatutnya dilakukannya... InsyaAllah, mereka ini akan tersedar jika benar mereka berjaya menjauhkan diri dari Syaitan yg Dikenali...
    • Sofian Ibrahim · Top Commenter · Works at Limkokwing University Of Creative Technology
      tak boleh terang2 bahya sbb ado org sedang memerati. bila dh pencen baru brani.
  • Yang Reti Base · Top Commenter
    Harussani Zakaria wajib bertaubat kepada Allah SWT kerana menuduh Haji Abdul Hadi mengkafirkan UMNO. Dan Harussani Zakaria juga wajib memohon maaf kepada Haji Abdul Hadi kerana dakwaan yang sama. Tidak pernah pun Haji Hadi menuduh bahawa UMNO itu kafir per se.

    Apa makna amanat? Atas kapasiti siapakah Haji Hadi berhak mengeluarkan amanat? Kalau adapun kenyataan apa-apa yang disampaikan melalui ceramah, adakah itu dianggap amanat?

    Sebenarnya, dalam ucapan Haji Hadi di Banggol Peradong, Kuala Terenggan pada 1981 yang dimomokkan sebagai amanat oleh UMNO, beliau hanya tolong menyampaikan maksud beberapa Ayat al-Quran, antaranya Ayat 44 - 49 daripada Surah al-Maidah yang membawa maksud bahawa "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu kafir (44), zalim (45), fasiq (47).

    Oleh sebab kerajaan UMNO tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, tetapi berhukum dengan hukum yang direka cipta oleh manusia sekular, maka UMNO yang memakan cili itu, terasa pedasnya.

    Pada kesimpulannya, bukan Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO, tetapi Haji Hadi hanya menyampaikan mesej al-Quran.
    Dengan kata lain, Allah SWT sendirilah yang mengecap UMNO itu sama ada kafir atau zalim atau paling minimum, fasiq.
    Dan ingatlah, tempat kembali orang fasiq ialah neraka.
    • Khairi Zulkifli · Top Commenter · Works at Firma
      apa yg dimaksudkn hukum dgn hukum Allah.. adakah hukum Allah semata2 hudud? mcm mana pulak dgn takzir dan qisas? mintak tuan jelaskan..
    • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
      Khairi Zulkifli , Google kan ada... apadaa... Cerdik sikit laa... Info di hujung jari anda je... Facebook pandai pulak... hehe ;p Aduhai Bangsaku...
    • Khairi Zulkifli · Top Commenter · Works at Firma
      Muhammad Norhafiz Hashim - aku nk dia jwb.. hehehe.. btw, hukum takzir dan qisas, datang dari sapa norhafiz? aduhai norhafiz.. hehehe
  • Zulkiflie Ali · · Top Commenter
    TGHA x kata umno kafir, dia kate orang yang memisahkan agama suku politik suku yang kafir... mufti mabuk todi ker...?cane leh jdi mufti klu statement yg jelas camtu xleh nk faham... aduhaiiii... melayu melayu...
    • Khairi Zulkifli · Top Commenter · Works at Firma
      pergh! berani gak ko ckp mufti mabok todi.. xpe bro, rileks.. antara ko or dorg, kita tgk, nnti bila mati, sapa yg nak kena baham.. hehehehe..
    • Sofian Ibrahim · Top Commenter · Works at Limkokwing University Of Creative Technology
      Pemimpin byk tahu agama dan ada jawatan tapi takut nak tegur pemerintah akan kena baham dulu.
    • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
      Dia tak mabuk todi, cuma mabuk politik... Mufti ni kan pandai bercakap, tp dia tak tahu pun apa yg dicakapkannya... Mungkin akibat pemahaman dan kuliah org Umno kepadanya sehingga dia lupa akan pendidikan Islam yg diterimanya sebelum ini... Umno dh sah2 parti bukan Islam, dia parti kebangsaan, ejaan pun pakai bahasa inggeris, mcm org pergi kelab malam laa, dh tahu kelab itu haram pergi masuk juga tu salah sendiri laa... Tak Gitu... Aduhai Bangsaku...
  • Sabri Sulaiman · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Songkok mengalahkan perwakilan UMNO jer ... orang UMNO pun tak pakai songkok senget macam tu ... senget ke UMNO je lah Datuk ya ! Pekung nanah dalam UMNO Datuk biarkan jer ....
  • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
    Dalam banyak2 Mufti kat Malaysia ni, ini satu2nya Mufti yang bermusuh dangan Parti Islam iaitu PAS (Parti Islam Se-Malaysia)... Kerana terlalu sayangkan UMNO kerana mempertahankan Bangsa Melayu, tapi terabai Umat Islam yang sepatutnya dijaga dan dilindunginya... Sebab itu penting antara Faham Islam atau Tahu Islam... Pandai dengan Ilmuan Islam tak bermakna dia Faham Islam, semoga mereka yg cerdik pandai dalam Ilmuan Islam diberikan Hidayah supaya mereka tidak tergelincir ke Neraka Allah... Amin...
    • Khairi Zulkifli · Top Commenter · Works at Firma
      'ini satu2nya Mufti yang berMUSUH dangan Parti Islam iaitu PAS (Parti Islam Se-Malaysia)... '

      norhafiz, bley bagi bukti dia bermusuhan dgn PAS? adakah kalau menengur, tu maksudnya memusuhi? kalo memerangai, tu baru memusuhi.. bukti bro..bukti.. mudah2an, apa yg ko ckp tu btol, atau kalau tak, boleh tarik ko pulak ke neraka..
    • Muhammad Mukhtar · Top Commenter · UiTM Shah Alam
      berdoalah juga utk diri sendiri agar dijauhkan dari neraka
  • Mamat Autoboyz · · CEO & Founder at Kelab Penyokong The Red Warriors Seluruh Malaysia
    Takut periuk nasi terjejas cmni la....mengampu je kejenya....
  • Syahrul Nizam Bin Talib · Top Commenter · Taman setiawangsa at Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur (ATC-KL)
    Tuan Mufti Perak & WP..ape hukum menipu dalam pilihanraya?ape hukum menteri yang dapat gaji daripada menipu dalam pilihanraya?saya jahil..nak tahu ape hukumnya..adakah harus sana..harus sini..tolonglah jawab Tuan Mufti..
  • Hulu Tajak Budin · Pondok pakteh
    insyaallah dia akan tarik balik dan terus membubarkan PAS bila Tok Najib melaksanakan Islam sepenuhnya....
  • Rambo Shukur · Top Commenter
    apalah sgt amanat hadi hinggakan umno msh membangkitkan amanat ni...kalau xde amanat ni pun kt boleh tau samada umno kafir atau x...amanat ni sebenarnya dh berlalu di telan zaman,yg menginati amanat ni org2 yg tertentu sahaja,ataupun ada org yg tlg mengingati..amanat pun x lah berkesan sgt,bukti de pihak terima 40jata sebagai sumbangan politik dan 250juta utk membela LEMBU2..dan mcam lg..klu amanat ni berkesan oerkara ni x berlaku..
    • Khairi Zulkifli · Top Commenter · Works at Firma
      tul tu..apa la sgt ngn amanat ni.. stakat org start solat 2 imam, sembelihan org umno haram, musuh bermusuhan, kafir mengkafirkan.. apa la sgt kn? hehehe.. adakah anda sorg cybertooper? heheh
  • Nazriaziz Alsheikh · Top Commenter · Pemulung Hati dan Jiwa Rakyat Marhaen at Bangsaku
    Alahai Harussani.....yang terang2an menentang Islam tidak kisahnya pun. Ular dalam semak tu laaa.......
    • Sofian Ibrahim · Top Commenter · Works at Limkokwing University Of Creative Technology
      tgu pencen dr jawatan dulu baru nampak. skrg nampak mcm cacing je hihihi
    • Yang Reti Base · Top Commenter
      Macam tak percaya, bagaimana sesatnya Harussani Zakaria sebagai penasihat PERKASA dalam mesyuarat agung PERKASA boleh merestui Ibrahim Ali yang mengatakan Islam menjadi penghalang kepada kejayaan orang Melayu dalam perniagaan. Katanya, akibatnya, orang Melayu tidak dapat menandingi orang bukan Islam yang mengaut keuntungan RM berbilion-bilion dalam perniagaan arak, judi dan premis hiburan.

      Saya tidak berhaq untuk menjatuhkan hukum murtad kepada Ibrahim dan Harussani. Majlis Fatwa Kebangsaan wajib bertindak.

      Terima kasih saya ucapkan kepada PM ke-5, Abdullah Ahmad Badawi yang 'membelasah' Ibrahim Ali.
  • Lvhalim Mamat · Top Commenter · Ikbn dusun tua
    Adakah tok peti mengakui bahawa kita masih mengekalkan perlembagaan penjajah dalam negara kita,perlembagaan penjajah lebih besar daripada perlembagaan yang berpandukan Al Quran ?
  • Encik Gula Bersubsidi · Top Commenter · Works at Syarikat Gula Bersubsidi
    Ulama' akhir zaman...bila jawatan mufti diberikn kpd org yg x layak dan hanya digunakn pemimpin ntok jage kroni dan harta...kesian...hanya periuk nasi sndiri yg dijaga...Maksiat dan Keruntuhan Moral dikalangan pemimpin dan masyarakat tidak terbela dan semakin hancur......=_=
  • Mata Hati
    Ramai nya Mufti kt dlm ni.. komen pakai otak... semberono je... 1. Jika statement di atas 100% dr Datuk harussani.. maka beliau perlu akui akan khilaf nya.. kerana dlm statement asal HA xde kata UMNO Kafir...2. Mungkin juga statement ini ditambah perisa oleh wartawan sinar harian.. agar jadi sesedap rasa...
  • Sufian Zabidi · Top Commenter · Sungai Buluh, Selangor, Malaysia
    Masuk UMNO je la tok mufti, sampai bila nak jd balaci tukang cakap je.....cakap bukan main berkobar2 lagi.....
  • Mat Pahang My
    Lambat pick up la tok mufti nii...
    CeritA lama (dah basi) diulang-ulang..
  • Raini Anwar · Top Commenter · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    tinggi songkok
  • Abd Aziz Ibrahim · Top Commenter · Guru at Official : Kementerian Pelajaran Malaysia
    dulu sekali telah di bangkit kan semasa ismail ibrahim jadi pengerusi majlis fatwa......tapi bila tuan guru hj hadi ada muzakarah isu ini dia tak mahu .....so jadi pengerusi fatwa macam mana ....kalau macam ini......nampak sangat demo main2 dalam soal agama sehingga rakyat dikelirukan
  • Kaza KL · Top Commenter · University of Southern Maine
    Sokong Dr Maza (Dr Asri)..dulu teruk dia kena hentam dgn Harussani sampai ada penyokong harussani tuduh Dr Maza wahabi..skrg dah jelas siapa sebenarnya perjuangkan Islam..Dr Maza pejuang Islam tulen..Harussani Ularmak yg hanya nak jawatan dan fulus...jgn marah..pandangan peribadi..:-p
  • Khairil Anwar Ramli · Sekolah Menengah Vokasional Teluk Air Tawar
    Kalau dah kata tak sesuai ditelan zaman, perbagai kaum tidak sesuai, tak beriman la tu
  • Bush Mann · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
    mufti bayangan je,klu mcm ni xpayah lah jd mufti.
  • Kahsi Liamsi · Top Commenter · Works at Korek Jamban Sdn Bhd
    Macam mana pulak si nazri aziz yang menggelar tuan guru nik aziz tu bapak kafir wahai tuan ulamak yang mulia?
  • Zarina Mohamad · Top Commenter · Tak Bersekolah
    mufti boleh buat judgement mcm nie???....malang2....
  • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
    Isu lapuk ditimbul kembali oleh mufti berkepentingan duniawi....
    Tok Guru ajak muzakarah mereka tak nak....mereka suka serang dari belakang.
    Kalau betul nak menegak kebenaran buatlah muzakarah...jemput cerdik pandai termasuk Tok Guru sekali....Majlis fatwa pun ada...
    Kenapa selepas lebih 30 tahun ianya ditimbul kembali?..adakah umno kian tertekan sehingga sanggup memperguna mufti2 ?..
    Mahathir pernah mencabar PAS untuk berdebat berkait dengan amanat ini...
    Dengan tajuk debat "PAS tuduh Umno Kafir",..Pas sanggup berdebat.
    Pengerusi debat dipilih Umno....Pas sanggup.
    Tempat dan masa ditentu oleh Umno pun Pas setuju untuk berdebat...Semua syarat yg diberi oleh Umno dipersetujui PAS asalkan debat menjadi kenyataan.
    Malangnya Umno dan cerdik pandai agama dlm Umno adalah penakut..mereka tidak berani.
    Sehingga Mahathir sendiri marah kpd ilmuan agama dlm Umno kerana takut berdebat.
    Akhirnya Umno meminta Penyimpan Mohor Besar Raja2 untuk membuat pengumuman debat dibatalkan.....inilah dia perangai Umno....dia ajak dia pulak yg batalkan.
    Jika debat bertajuk "Pas tuduh Umno kafir" terlaksana...nescaya masalah ini tidak timbul lagi.
  • Nadie Die · Works at X-ARMY 1989-2010
    sy sebagai anak jati negeri perak elok rasanya mufti negeri sy ni lihat masalah d negeri.. malu rasanya ada seorg mufti yg bergitu lantang bersuara tp masalah sosial d negeri sendiri diam membisu. kelab2 malam d bandar ipoh bergitu byk n penghuni2nya terdiri anak2 melayu dan ada juga kelab mlm yg tauke besarnya anak melayu kita sendiri.. salah satunya kelab mlm melayu d ipoh Malai Rock Station Bistro Ipoh sape pemiliknya...
  • Alif Ain · Top Commenter · UTM
    Apabila bahan lama dikitar balik oleh orang lama yang menganggap sumber dari berita dari media PRo BN sebagai 'maksum'. Skurang-kurangnya bagi kita org awam ini mendengar dan mencari sumber apakah sesuatu berita itu benar atau tidak. Tetapi bagi org yg boleh dikatakan bukan dari kategori org awam ini mengeluarkan kenyataan itu.. adalah sesuatu pelik bagi org awam ini melihatnya...
  • Shamsul My · Top Commenter · Sek. tinggi seni indonesia
    Menolak hukum Allah kafirlah.....mempersendakan sunah nabi pun kafirlah.......bukan dari kalangan umat aku org yg mempersendakan hukum Allah dan sunahku..........kalau bukan umat nabi Muhammad maka kafirlah puak2 anjing ni
  • Haji Baharuddin Arif · Kuala Lumpur, Malaysia
    Mufti perak mufti wilayah dan sewaktu dengan nya adalah ulamak menyondol pintu umarak tak boleh pakai cakap nya masok politik lah jangan jadi mupti nanti di bakar api neraka jahanam
    • Khairi Zulkifli · Top Commenter · Works at Firma
      abes tu, nk dgr ckp ulama mana? kalo mufti, ulama menyondol pintu umarak bak kata tuan, then kalo seblah sana, ulama2 politik, abes tu? dgr ckp tuan ke? hehehe..
  • Yuhana Bin Yusof · Top Commenter
    org yg rasanya dia hebat tak akan berbuat dimikian lebih2 lagi menjelang PRU13.Tong sampah sahaja tempat yg sesuai satelah berlaku perpecahan umat Melayu
    • Yuhana Bin Yusof · Top Commenter
      Amanat ini mempermainkan hukum allah bagi org UMNO yg d anggap kafir satelah bekerjasama dgn org bukan Islam.Perkara ini telah menimpa atas batang hidingnya sendiri.Org yg tak berugama mnaggap perkara ni remeh
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.