Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Bank Negara pantau dana asing sabotaj Umno, BN

9 Disember 2012
Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
 
BACHOK - Bank Negara akan memantau sebarang kemasukan dana asing menerusi badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan membantu pembangkang membiayai usaha mensabotaj Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
  
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, sekiranya berlaku, Bank Negara sudah pasti dapat mengesan kegiatan seumpama itu.
  
"Kita akan dedahkan kepada umum supaya rakyat membuat penghakiman," katanya kepada pemberita selepas menemui 100 ulama muda di pejabat Umno Bahagian Bachok di sini hari ini.
  
Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim baru-baru ini dilaporkan berkata, pembangkang mewujudkan dana khas bagi membiayai 'golongan yang kecewa' dalam Umno dan BN untuk mensabotaj parti.
  
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan menegaskan, jika pembangkang diberi mandat memerintah negara, sudah pasti Malaysia akan berada di bawah pengaruh asing.

"Bila kita buat pendedahan, terpulang kepada rakyat sama ada untuk memilih parti yang di bawah telunjuk asing atau parti yang mengamalkan (pentadbiran)mengikut acuan kita sendiri," kata Awang Adek yang juga Ketua Umno Bachok.

  
Beliau berkata, jika didapati kemasukan dana itu boleh mengancam keselamatan negara atau melanggar undang-undang, pihak berkenaan boleh didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
  
Tambah beliau, pihak yang tidak bertanggung jawab itu perlu berfikir panjang kerana risikonya sangat tinggi dalam bentuk balasan daripada rakyat yang tidak mahu negara menjadi boneka asing, selain tindakan undang-undang. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.