Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
KP JPJ: AES diteruskan

9 Disember 2012
Solah Mat Hassan
Datuk Solah Mat Hassan
KUALA TERENGGANU -  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pemasangan 831 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara tetap diteruskan demi keselamatan pengguna jalan raya.
  
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, walaupun usaha itu ditentang sesetengah pihak termasuk dijadikan isu politik, JPJ kekal dengan keputusan untuk melaksana sistem tersebut yang turut diguna di negara maju.
  
"Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha  murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat tertutup bersama pegawai JPJ Terengganu, di sini hari ini.
  
Beliau berkata, buat masa ini, 14 unit AES telah dipasang iaitu tujuh di Perak, dua di Selangor dan lima di Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk empat unit bergerak AES.
  
Menurutnya, sejak pelaksanaan AES 23 Sept lalu pihaknya mendapati kadar kesalahan trafik di  beberapa lokasi strategik berjaya dikurangkan 75 peratus.
  
Dalam pada itu, Solah berkata, pihaknya bersedia untuk berjumpa wakil parti politik bagi menjelaskan matlamat sebenar pelaksanaan AES.
  
"Kalau hendak jumpa boleh, JPJ tidak ada masalah," katanya ketika diminta mengulas dakwaan sistem itu menjadi isu politik dan akan mempengaruhi keputusan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
  
Katanya, JPJ kini dalam rangka jelajah ke seluruh negara untuk berjumpa dengan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi menerangkan fungsi sebenar AES dan faedahnya kepada pengguna jalan raya.
  
Mengulas tentang unit AES yang menjadi mangsa vandalisme di dua lokasi di Selangor, beliau berkata pihaknya sudah menjangka perkara tersebut akan berlaku sebagaimana kerosakan kepada harta benda awam lain di negara ini.
  
"Ada yang puas hati dan ada yang tidak puas hati itu sudah kita jangka dan ini juga berlaku di  negara lain," katanya. - Bernama


 
  • Rizwan Ibra · Top Commenter · IT Support at MBSBtemanku.com
    banyak lagi faktor lain yg boleh di ambil kira kalau betul2 kerajaan mengutamakan keselamatan , cuma yg lain tak berapa profitable sbb tu AES ni menjadi pilihan
    • Razman Rashid · Top Commenter
      masalahnya malaysia masih belum negara maju....jgn ko pandai2 plak nk tipu rakyat wahai solah

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
      Daftar FREE dulu disini:
      http://www.stiforp.asia/wangmasuk
  • Amansoleh Rina · Top Commenter · Works at Freelancer
    JPJ, teruskan perjuangan kamu. Laksanakan undang-undang. Pedulikan suara mereka yang tak suka undang-undang. Cuma, mereka juga ada hak mereka untuk tidak bersetuju. JPJ juga ada HAK untuk terus BERTEGAS. Fair and Square ok.
  • Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Works at Pesara Kerajaan
    AES mungkin tidak dimarahi sangat rakyat kalau ia dilaksanakan di bawah pengawasan kerajaan, bukan swasta yang cuba mengaut keuntungan hasil titik peluh rakyat...
  • Azham Ahmad · Top Commenter · University of Malaya (UM)
    Kalau tak nak kena saman jgn bawa laju. Ikut undang2 jalanraya. Sayapunkenam saman AES dua kali dah, to saya x salahkan AES. Dah buat Salah jgn salahkan pihak berkuasa.
  • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
    kita kaya . haha .. bw slow dh r, jimat minyak ... jmat bunga tyar .. nikmati view .. haha .. tgk ni k ! http://bit.ly/UHOEhY
  • Mus Mashkadov · Top Commenter
    Pengarah JPJ merangkap jurucakap kontraktor AES..
  • Kay Min · Top Commenter
    Ikut suka datuk la, kuasa di tangan datuk. Klu boleh tuk pasang byk2... Biar ramsi kena saman tuk, biar ramai org marah. Lg ramai lagi bagus tuk. Oder byk2 sikit dn pasang cepat2 sikit.
  • Mahathir Mohamed Salih · Top Commenter · Penyelia Operasi & Kawalan Kredit at Koperasi pengangkutan putrajaya&cyberjaya berhad
    Aku x heran la klu aes diteruskan...baik untuk rakyat...tp dulu jnji kt kawasan kemalangan..kt putrajaya ada 2 aes...tmpt yg x sepatutnye aes diletakan..diantara trun bukit ngan naik bukit...terlindung dsebalik paphn tanda dn pokok..kelajuan 70km..blh byangkan x mcm ne?aku nk suh solar test kt jalan kt putrajaya..yea pn nk mkn wet rakyat..jgn la nmpk sgt..solah aku hrap ko siasat jaln kt putrajaya yg ada aes!!!
  • Dinns Kamar · Top Commenter
    pasang jangan tak pasang teruskan pasang AES disegenap LEBUHRAYA,JALAN PERSEKUTUAN,JLN BANDARAN .JLN KAMPUNG DAN JANGAN LUPA PASANG AES DI SABAH DAN SERAWAK JANGAN HANYA DI SEMENANJUNG SAHAJA..
  • Bush Mann · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
    KP masuuuuuuuuuukkkkkkkkk, org awam kena saman anggota sendiri xkena saman apo crito kp.
  • Orangsama Ben Laden · Top Commenter
    Datuk Solah, masalahnya bukan tolak 100% perlaksanaan AES ni, tetapi ada beberapa perkara yg menjadikan rakyat berasa pelik dan marah.
    1. Pasanglah kamera ni ditempat2 yg sering berlaku kemalangan.
    2. Janganlah pasang ditempat2 nak naik dan turun bukit. Ikut logik, apabila nak naik bukit kebiasaannya pemandu akan menekan pedal minyak untuk melajukan kenderaan supaya engine tidak menderita apabila menarik beban semasa mendaki. Manakala semasa nak turun bukit kebiasaannya jarang pemandu menekan pedal minyak. Ditempat2 begini dipasang juga kamera bermakna....''mencari makan''.
    3. Ini soalan cepu mas yang paling rakyat nak tahu. KENAPA DISWASTAKAN? Menguatkuasakan undang2 tidak boleh diswastakan. Negara kita dah jadi 1 MALAYSIA SENDIRIAN BERHAD ker?
    4. Satu lagi soalan cepu mas. Kenapa harga kamera begitu tinggi? Setiap tahun ketua ...See More
  • Salihuddin Ismail · Top Commenter · Edith Cowan University
    Sistem Jalan Raya :Lebuh Raya Laluan kategori Baik di Mana PLUS dari BKT Kayu Hitam Jalan Masih Kurang Memuaskan ke Kedah Bayaran Tol Tetap 1145sen,Dari Kedah Ke Jalan Duta sepanjang Perjlanan Masih ada gangguan perjalanan seperti Propel membuat penyelanggaran jalan yang Kurang Selamat kepada Pengguna,,,,,Lalauan LRPT kurang kenderaan tetapi masih ada kemelangan kerana kecuaian pemandu...Bermacam-macam kesalahan Jalanraya, sekolah memandu pun macam-macam....jadi penguasaan JPJ,Polis dll Macam-macam telahlakukan penguasan...Lagi satu Banyak kereta dari negara jiran seperti singapore berkaluan kurang sopan dijalan raya ap amacam....Kalau badjet JPJ Banyak bersama JKR baikilah jalan perseketuan terutama di Pantai Timur Terengganu dan Kelantan itu lebih adil dari membazirkan duit untuk memperkenakan penguna Jalan Raya....pastikan laluan selamat ....fikir-fikirkan
  • Ikan Masin · Top Commenter
    Inilah sikap UMNO yang tidak prihatin kepada masalah rakyat, tetapi sebaliknya membebankan lagi rakyat. UMNO dengan segala penyelewengan dan rasuah gunakan AES untuk merompak. Baca di sini;

    http://unofficialversion.wordpress.com/2012/10/31/umno-semakin-rakus-aes-hanya-satu-rompakan-jalanan-rm1-2-billion-setahun/
  • Siti Aziah Omar · Top Commenter
    kemajuan diimport memajukan negara...ini salah satu kemajuan...untuk mencapai negara maju...8tahun lagi menuju wawasan2020..penggunaan kamera AES..dah pun diluluskan oleh parlimen..apa lagi rakyat mahu bantah..undang-undang digubal harus dihormati....tapi aku yg berbasikal juga berhati-hati bila melalui PANCARAN KAMERA AES...hehe
  • Yang Reti Base · Top Commenter
    Ini dia Solah Gong! Dasar pelahap nak baham pitis rakyat demi membodek kerajaan UMNO yang menganugerahkan projek AES kepada kroninya!!!! Ciss!!!!
  • Hairi Km · Top Commenter · Lawyer at Lumut,Perak
    rugi aku beli kereta mahal2 pastu nk bwa mcm siput babi..
  • Atan Khalid · Top Commenter
    AES x salah dipasang, cuma yg salah dari segi perolehannya yg memberikan peratus saman kepada syarikat pembekal, itu yang rakyat marah. klu JPJ bertanggungjawab sepenuhnya sepertimana kamera had laju PDRM rasanya tidak timbul isu politik
  • Tun Perak · Top Commenter · Tukang komen at Sendiri
    kuasa itu diamanahkan oleh rakyat. datuk juga diharap tidaklah jadi spt lebih sudu dari kuah dan perlu menghormati kerajaan kerajaan pakatan yg dipilih rakyat.
  • Abd Hamid · Top Commenter · SMK Dato Lokman
    Macam hantu jerangkung je dia ni
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.