Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BONGKAAAAAR !

Dana politik RM40 juta: Lajim buat akuan sumpah

11 Disember 2012
Datuk Seri Lajim Ukin
Datuk Seri Lajim Ukin
 
SHAH ALAM - Bekas timbalan menteri dan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa badan itu ataupun Badan Perhubungan Umno Sabah tidak pernah membincangkan soal dana politik RM40 juta yang menjadi kontroversi sejak empat bulan lalu.

"Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai(nya)," kata beliau dalam akuan bersumpah yang diedarkan kepada media hari ini.

Beliau yang meletakkan jawatan Julai lalu berkata, tidak ada sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar RM40 juta, seperti yang didakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen.

Lajim melepaskan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort pada Julai lalu.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, tiada sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada Umno Sabah seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen.
 
"(Tiada) sebarang bukti urus niaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah yang boleh membuktikan bahawa Umno Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu.

"Dan, (tiada) ebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa Umno telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu," katanya dalam akuan bersumpah itu, yang bertarikh 10 Disember (semalam).

Oleh yang demikian, kata Lajim, beliau menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal.

Isu itu kini dibawa oleh pembangkang dengan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut.

Pada 9 Oktober lalu,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Parlimen bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta telah digugurkan.

Nazri dipetik berkata pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Menurut Nazri, dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.
 

 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.