Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dah lama khabaq tapi tak mantoi

Pemuda Pas: SPR perlu bebas pegawai aktif politik
Wartawan Sinar Harian
14 Disember 2012
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Pemuda Pas mengharapkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bertegas untuk tidak membiarkan mana-mana pegawainya menjadi ahli parti-parti politik.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, jika ada pegawai SPR menganggotai mana-mana parti politik, ia akan mendedahkan ketidaktelusan pengendalian dan menjejaskan kualiti pengurusan tertinggi SPR.

Ia juga, katanya, mendorong SPR tunduk kepada pengaruh politik kepartian yang boleh menghakis kredibiliti sistem demokrasi negara.

“Pengerusi SPR mesti peka dengan pendedahan seperti ini dan berasa bimbang akan kesannya terhadap kredibiliti SPR, apatah lagi mengambil kira pengajaran dari banyak kajian kes sedia ada, sejarah dan iklim politik semasa, khususnya di Sabah yang sensitif kepada perubahan kerajaan.

“Keterlibatan ahli parti dalam hierarki pentadbiran SPR seperti kes ini kelak membuka ruang pertikaian terhadap pilihan raya yang boleh mengheret badan itu ke dalam proses mahkamah yang merugikan dan retorik yang berpotensi mengganggu kesentosaan awam. Hakikatnya, perkara seperti ini boleh mencabar kesahihan kerajaan yang ditegakkan melalui proses pilihan raya tersebut,” katanya.

Beliau mendakwa alasan Abdul Aziz sebelum ini yang mengatakan pegawainya mempunyai hak demokrasi sebenarnya telah gagal menunjukkan pertimbangan wajar untuk memelihara hak demokrasi komuniti yang berasa terancam dengan penglibatan langsung ahli parti dalam tata kelola pilihan raya.

“Artikel 114 (2) Perlembagaan Malaysia secara jelas menggariskan bahawa Pengerusi SPR tidak boleh menyertai mana-mana organisasi bagi menjamin integriti bebas suruhanjaya tersebut.

“Jadi amat mendukacitakan apabila Pengerusi SPR enggan menunjukkan kepimpinan moral dan kebertanggungjawaban seperti yang dituntut Perlembagaan ke atasnya dengan menetapkan piawaian yang sama ke atas pegawai-pegawai SPR di bawah seliaan beliau bagi memelihara keutuhan integriti badan yang beliau pimpin,” katanya.

 
  • Wak Jono · Top Commenter · Works at Walmart
    bagus juga cadangan tu...petugas SPR yg aktif berpolitik cari kerja lain atau pencen....Tetapi Wak pun teramat setuju jika guru guru atau ustaz yg mengajar diSekolah Kerajaan pun pencen atau berhenti jika asyik berkempen dan aktif berpolitik.... implikasi nya tetap ada dan hilang fokus mengajar....dan menghasut pelajar pelajar...
  • Anuar Daud · Top Commenter · UPM Serdang
    Ngurus kedai gunting rambutpun tak reti lagilah nak tunjuk pandai Pas ni. Itu la, kalau pakai serban tu rajin-rajin la cuci. Taklah kepala tu jadi bengap macam pala Nik Aziz.
    • Massharudin Su · Top Commenter · Penang, Malaysia
      ..ada Sarjana Perundangan Islam dari Universiti Al Azhar pon bengap lagi...graduate UPM super brilliant agaknya...kutuklah ulama pagi-pagi jumaat ni, selagi hayat di kandung badan...tahniah!
    • Azaman Halim · Top Commenter
      Anuar Sengal - umpama Thailand vs M'sia dan pengadilnya dari Thailand. Apakah persepsi penonton2 terhadap perlawanan itu????
    • Anuar Daud · Top Commenter · UPM Serdang
      Pemain Malaysia sudah biasa dgn 'minum kopi free', bila bermain di luar negara nak minum kopipun kena pakai wang sendiri.... pasal tu kurang tenaga. Atau mungkin kopi free di luar negara lagi sedap, pekat dan berlemak. Ada pendapat mengatakan 90% pelawanan bola di Malaysia melibatkan "wang kopi". Pelawanan persahabatanpun masih nak minum kopi free dulu. Peminat terhegeh-hegeh la membeli tiket, ada yg mati sebab nak tengok bola. Sedangkan keputusan ditentukan di kedai kopi je.

      Pengadil tak tendang bolapun, alasan pengadil tak adil itu biasa almaklumlah dah kalah. Ada kalanya cerita pengadil tak adil tu sengaja diciptakan utk menutup keenakkan rasa kopi yg telah dinikmati.

      Dalam suasana politik negara yg bercelaru haru biru turut mengkakis rasa"Kesetiaan kepada raja dan negara", mengabaikan "Keluhuran perlembagaan" serta tidak mengambil berat tentang "Kedaulatan undang-undang". Akhirnya "Kesopanan dan kesusilaan" kita lebur mengikut arus semasa. Itulah hasil dari penyuburan politik benci-membenci yg didakyahkan oleh PR. Antara hasilnya, "Bola Sepak" tidak se gah zaman Moktar Dahari & seangkatannya.

      Sebenarnya tuhan sedang melaknat Malaysia kerana membiarkan peliwat dan idealoginya meresapi dan merosakkan minda rakyat, tanpa rakyat sedari.
  • Saaid B Ghani · Top Commenter
    Kalau SPR tak pro UMNO tak timbullah pengundi hantu, bangla, myamar, indon, dan lain2. Mereka tidak terlibat dengan politik tapi fikiran dan pena mereka terlibat dengan UMNO. Buat bancian semua kakitangan SPR adakah mereka bebas dari mana2 parti politik? Tidak akan ada yang mengaku, kuasa dalam tangan mereka, ekses kepada data mereka yang ada password, selewenglah semahu2nya, jadi orang Islam tak takut Allah swt, akhirat tak terlepas dari didakwa. Di dunia rakyat ada usaha, tewaskan UMNO BN dalam PRU 13 ini, dengan izin Allah swt pengundi hantu ini akan diikat dan mata mereka dibutakan dan tangan mereka akan memilih PR, doa kepada Allah swt kepada rakyat yang cintakan keikhlasan, jujur dan amanah.
    • Mohd Zhafrie
      kan lebih baik kita doakan seluruh umat Islam termasuk Melayu bersatu dengan aman tanpa ada label PR atau UMNO. Saya fikir Allah lebih suka begitu, ya ustaz. Sekadar pendapat. :-)
  • Noor Azreen Zainal · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
    Sepatutnya memang tidak boleh bercampur.SPR patutnya bebas dari mana mana politik.Macam mana org nak percaya jika perkara macam nie berlaku

    Ingin mengisi masa lapang sambil buat duit?Ingin mengukuhkan kewangan sendiri?Jawapannya ada disini. http://mohdaidil.stiforpmy.com/?SOURCE=Sinar . Daftar untuk maklumat terkini .Pendaftaran PERCUMA . Lihat perbezaan dalam tempoh 3 bulan jika menyertai kami sekarang peluang cerah mendapat pulangan tinggi
  • Anuar Daud · Top Commenter · UPM Serdang
    Kalau nakkan Pengerusi SPR bebas dari apa2 fahaman politik Malaysia, kita lantik je Nepal atau Madura. Kita bayar gajinya ikut "kong".
  • Tok Sagor · Top Commenter · Universiti Malaya
    puak yg tak reti base ni payah. selagi politik kotor tak dibersihkan, selagi itulah pemimpin kita bergelumang dgn dosa menzalimi rakyat
  • Samao Oamas · Top Commenter · SEK MEN KHIR JOHARI SG SUMUN
    Ustaz perbetulkan isu PAS dgn, DAP dulu.
  • Gaban Gabankedayan · Top Commenter
    Dalam SPR pun ada orang orang pas jugak.
  • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
    Live Kuliah Pagi Jumaat
    http://www.terengganukini.net/v2/
  • Adi Isa · Top Commenter
    alahai pemuda pas ni bebudak lagi
  • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
    sukar...sebab rakyat malaysia semua tahu SPR komponen umno/bn..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.