Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

FITNAM DARI KUMPULAN HARAMJADAH

Umno Kelantan: Siasat isu tanah pemimpin DAP

23 Disember 2012
Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed
 
JELI -  Umno Kelantan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera pendedahan sebuah laman blog yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan wakil Pas menjadi Menteri Besar Perak pada 2008.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini penting bagi membolehkan masyarakat terutama rakyat Kelantan mengetahui perkara yang sebenar.
"Kita dimaklumkan beberapa laporan polis sudah dibuat berhubung dakwaan itu dan sudah menjadi 'public interest'.

"Rakyat seluruh negara terutama Kelantan mahu mengetahui sama ada isu itu benar, fitnah atau dongeng dan perkara ini perlu kepada satu penjelasan yang tepat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mahabbah Imam Muda di Pondok Moden di sini, hari ini.

Isu itu timbul apabila sebuah blog, pisau.net mendakwa Nik Aziz menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya Nga Kor Ming untuk menerima Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.