Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Hadi: AGM bukti Umno kehabisan modal
Sapinah Ab Ghani
3 Disember 2012
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KOTA BHARU - Pas menyifatkan Umno sudah kehabisan modal apabila hampir keseluruhan ucapan dasar dan penangguhan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung parti itu minggu lalu menghentam pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jika diperhatikan hampir keseluruhan ucapan pada Perhimpunan Agung Umno kali ini  memperlekehkan orang lain.


“Inilah yang kita saksikan setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno. Sudah tidak ada modal lagi,” katanya selepas menyampaikan ceramah pada Kongres Dunia Islam di Balai Islam di sini, malam tadi.


Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri.


Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan presiden dan pimpinan parti itu menghentam pemimpin pembangkang.


Najib dalam ucapan penangguhan yang dianggap sebagai ikrar Umno mendakwa, satu undi kepada PKR akan membawa kepada kerosakan akidah dan umat, undi Pas untuk perpecahan, manakala undi DAP membawa kepada penindasan.


Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memuji pendekatan Umno membaca doa pada perhimpunan parti itu baru-baru ini.


"Umno pun nampaknya sudah pandai membaca doa pada perhimpunan parti mereka, kalau sebelum ini mereka memperlekehkan doa dibaca pemimpin Pas, namun sekarang mereka sendiri turut berdoa,” katanya.


Sementara itu, Abdul Hadi ketika berucap mengingatkan agar Islam perlu kembali untuk memimpin dunia selepas pelbagai ideologi lain gagal menangani kehidupan manusia.


“Hanya Islam sahaja yang menerangkan segala aspek dalam kehidupan umat manusia.


"Sekarang anak-anak yang pernah mendapat didikan daripada barat pun bangkit mempertahankan Islam. Islam tetap bangkit biarpun cuba dihalang. Kita runtuhkan jahiliah untuk tukar kepada kerajaan yang adil.


"Umno nampak seperti mahu kekal sehingga kiamat,” katanya.


Kongres Dunia Islam 2012 yang sedang berlangsung dari 1 hingga 5 Disember di Hotel Grand Riverview itu melibatkan pembentangan 70 kertas kerja dari dalam dan luar negara.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.