Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Isu korup: Muhyiddin selar Naib Pengerusi DAP Ariffin

18 Disember 2012
Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 
 
KOTA TINGGI -  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan naib pengerusi baharu DAP Senator Dr Ariffin S M Omar bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam merupakan satu perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kenyataan itu jelas membuktikan parti pembangkang itu selama ini sememangnya bersifat cauvinis dan perkauman.
  
"Apabila kita kata perkauman, DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian.
  
"Kesatuan perkhidmatan (awam) kerajaan tentu rasa kecewa dengan kenyataan ini. Tetapi sudah memang perangai (DAP) begitu, kalau parti itu cauvinis, datang dari mulut siapa pun di kalangan pemimpin mereka menjelmakan hakikat sebenar," katanya.
  
Muhyiddin juga berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ariffin itu walaupun beliau seorang Melayu.
  
DAP katanya, sememangnya bukan untuk orang Melayu kerana hakikat sebenar terserlah melalui proses pemilihan parti itu baru-baru ini sehinggakan veteran dan anggota Jawatankuasa Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Lim Kit Siang sendiri mengakui kegagalan tersebut.
  
"Mungkin Kit Siang rasa agak apologetik (mengenai kedudukan Melayu dalam DAP) tetapi sebenarnya mengakui parti itu tidak mengira kepentingan politik, bersikap perkauman dan tidak sesuai untuk orang Melayu memperjuang nasib bangsa mereka," katanya.
  
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta orang Melayu dalam parti itu supaya membuka mata dan sedar tentang hakikat penyertaan mereka dalam DAP adalah sia-sia. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.