Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JOLOK LA LAGI SARANG TABUAN TUH !

06 Disember, 2012

Kerajaan Selangor Dedah Laporan Lengkap Umno BN Sapu Tanah Rakyat Selangor

SHAH ALAM 5 DIS : Kerajaan Selangor akan mendedahkan secara terperinci semua bidang tanah yang diperolehi secara murah oleh komponen parti Umno-BN bagi rakyat menilai keikhklasan gagasan itu yang terkenal dengan slogan “rakyat didahulukan”.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri kini dalam proses mengumpulkan maklumat berhubung dakwaan pemilikan tanah tersebut.Ini berikutan siri pendedahan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun lepas berkenaan tanah yang dimiliki pemimpin Umno-BN di seluruh negeri.
Pendedahan terbaru oleh Adun Sekinchan Ng Suee Lim pada 20 Nov lalu di mana beliau mendedahkan bukti bahawa komponen Umno-BN membeli 24 bidang tanah yang bernilai lebih RM 20 juta dengan bayaran premium murah RM 1 kaki per segi.
Ng berkata tanah-tanah tersebut dibeli antara 1999 – 2008, semasa Umno-BN memerintah Selangor.“Kita masih dalam proses semak dan tambah maklumat kerana kita juga perlu turun padang untuk ambil gambar tanah dan jenis pembangunan yang dilakukan di atas tanah tersebut.
“Kemudian kita juga akan berbincang dengan Pegawai-pegawai Daerah untuk mendengar pandangan mereka berkenaan hal ini,” jelas Abdul Khalid di dalam satu sidang media di sini hari ini.Terdahulu, Abdul Khalid menyampaikan 360 Surat Watikah Perlantikan kepada ketua-ketua kampung tradisi bagi penggal 2013.
Perlantikan itu melibatkan 27 lantikan baru sementara 333 lagi disambung kerana prestasi baik.Turut disampaikan dalam majlis tersebut ialah Watikah Penubuhan kepada 56 buah Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh Selangor. ~selangorku

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.