Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
'Khalwat': Pas pertahan tindakan MPKB-BRI
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
11 Disember 2012
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali 
 
KUALA LUMPUR - Pas hari ini mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membabitkan isu empat orang bukan Islam yang ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam baru-baru ini. 

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan yang diambil oleh penguat kuasa MPKB adalah bertepatan di bawah Undang-undang Kecil Taman MPKB 1986, dan ia bukanlah kes 'khalwat' sepertimana yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini. 

"Kes sebelum ini mungkin diberi nasihat, tapi dalam kes ini teruk sikitlah. Dicerita kepada saya secara detail tapi saya tak nak cerita lah apa yang berlaku.

"Jadi kita serah kepada (MPKB) kalau perkara ini jadi kes," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kes berkenaan yang beliau sendiri tidak "tergamak" untuk menceritakannya kepada media, mungkin mendorong penguatkuasa yang bertugas bertindak mahu terus menyaman kedua-dua pasangan terbabit. 

"MPKB telah mengambil langkah-langkah pencegahan ini bukan sekadar saman, setiap ada kes seperti ini sama dan failkan kes, tidak (sebenarnya).

"Mereka ini juga menggunakan budi bicara dalam banyak hal pun. Nampak macam tak sopan tapi boleh nasihat, maka minta beredar. Tapi dalam kes ini lain," ujar beliau.     

Kes berkenaan yang berlaku pada Oktober lalu disifatkan oleh Mustafa sebagai sengaja disensasikan untuk kepentingan politik MCA menerusi media miliknya, The Star menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Berlaku dalam DBKL ini, MCA tidak cakap apa pun, pasal bukan bawah Pas." katanya lagi.    

AKAN MENYUSUL

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.