Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Janji dulu, hampir pilihanraya baru tunai !

Guan Eng: Janji 'kembar' Najib bukti 'BN gagal tepati janji'
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
11 Disember 2012
GEORGETOWN - Janji 'kembar' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berada di Pulau Pinang Sabtu lalu satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk membeli undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang mencerminkan perikatan itu gagal menepati janji-janji lama.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyifatkan janji berkembar yang diumumkan Najib itu sebagai mendedahkan kegagalan BN untuk menepati janji yang dibuat dahulu.


Beliau percaya pengundi Pulau Pinang tidak teruja dengan janji itu kerana ia adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk menyediakan perumahan dan pengangkutan awam hasil kutipan cukai yang diterima termasuk dari rakyat Pulau Pinang.


“Ini bukan janji baru kerana ia sudah dinyatakan dahulu, khususnya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


"BN gagal memenuhi janji untuk membina monorel apabila berkuasa di peringkat Pusat dan negeri pada 2007. Adakah ini jaminan mereka untuk menunaikan janji jika berjaya menawan semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum nanti,” katanya dalam kenyataan media semalam.


Menurutnya,Najib sepatutnya peka dengan kegagalan Kerajaan Pusat sebelum ini untuk membina perumahan mampu milik yang mencukupi di negeri ini.
 
“Kerajaan BN harus malu kerana gagal membina perumahan mampu milik yang mencukupi di Pulau Pinang. Hanya 70 Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah kos rendah akan dibina di Pulau Pinang oleh Kerajaan Pusat, iaitu jumlah yang paling kecil di antara semua negeri di Malaysia.

“Inilah perbezaan antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN. BN mengamalkan kaedah tidak demokratik dan bersyarat "you help me, I help you", manakala PR membantu rakyat tanpa syarat sebagai tanggungjawab kerajaan berjiwa rakyat,” katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.


Dalam ucapannya pada Program Jelajah Janji Ditepati, Najib berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika BN diberi mandat semula untuk memerintah negeri itu.


Beliau berkata, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit dibina oleh agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).


  • Noor Azreen Zainal · Universiti Teknologi MARA
    Sekarang semua parti membuat janji masing masing

    Berminat untuk mendapatkan side income.Layari http://mohdaidil.MyBusinessPagePro.com
  • Jet Li · MSAB JB
    Biasa laa. Kalu olang busat2 bikin janji, bukan nak tunaikan esok! Tapi itu janji kena tunggu lebih 10 tahun maa. Wa punya wakil rakyat ada janji... 15 tahun dulu tapi masih tatak buat. Tak pa, kami sabar... bole tunggu lagi 10 tahun! Itu pun kalu itu umur masih ada laa.
  • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
    umno/bn tak akan dapat penang pada pru13...lagi kalah teruk adalah..
    dap akan sapu semua kawasan mereka tandingi..gerakan akan tamat riwayat..
  • Mohd Iqram
    Burn.BTR Belom menang macam-macam janji sudah menang hampe semua pati pun serupa.
  • Md Sani Md Arif · Top Commenter · Pontian, Johor, Malaysia
    Janji akan ditepati setelah BN memerintah.Bukan mcm Guan Eng dah memerintah 4 tahun pun tak juga tunaikan janji yg telah dibuat, sebaliknya buat buat janji2 baru lagi untuk FRU13 pulak. eh eh eh . Wahai rakyat Islam Pulau Pinang sedarlah............ undi pas, undi pkr samalah juga mengundi DAp. sebab Dap yg berkuasa.
    • H Halil Ismail · Top Commenter · Aku lah bos aku lah kuli-motong je kan at Motong gotah kutip sekerap sdn bhd
      sama lah jugak UMNO pon...GERAKAN jugak y berkuasa...da terbukt berpuluh tahun dah undi UMNO gerakan y berkuasa..sedar lah rakyat islam pulau pinang,undi UMNO bermkna undi gerakan utk jadi KM pulau pinang..
    • Orangsama Ben Laden · Top Commenter
      Pembangunan bukan boleh dibuat dlm sekelip mata. Memakan masa. Perancangan yg rapi. Kelulusan. Kewangan. Semua kena ambilkira. Belum lagi dimasukkan pampasan sekiranya tanah yg diambil itu milik individu. BN yg telah berkuasa lebih dari 50 tahun pun masih terkial2 terpaksa rewind dan playback semula apa yg dijanjikan dulu. Inikan pulak baru 4 tahun memerintah. Cuma bezanya, dulu janji dibuat oleh mantan pm pak lah dan sekarang pm najib tapi dari parti yg sama yg buat janji dahulu. BN pandai berhutang tetapi yg bayar PR pulak. Rakyat P.Pinang akan merasa pelik kerana dulu semasa BN berkuasa peruntukan untuk hal ehwal agama Islam cuma RM12 juta setahun. Tetapi setelah diambil alih oleh PR, peruntukan meningkat ke RM64 juta. Kesian, orang2 Islam P.Pinang, DAP menganaktirikan kamu sehingga memberi peruntukan yg lebih besar dari semasa dibawah BN dulu.
    • Hasyati Husin · Top Commenter
      Bergembiralah kamu sekarang sebelum kamu menagis dimasa hadapan bersa pujaan mu DAP.....
  • YOLI Senawang
    KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM (Kisah disebalik lagu Oppa Gangnam Style terbongkar

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=520999891251283&set=a.508819342469338.120222.508448782506394&type=1&relevant_count=1
  • Md Halmie Kassim · Top Commenter · Works at Syarikat Sendirian Berhad
    Aku Tak Nak Komen Apa-apa ... Tapi Kalau JANJI tu Untuk Rumah BERHARGA RM500,000.00 dijual RM 300,000.00 .Agak2 lu orang penang gaji RM 5000.00 MAMPUKAH beli rumah TERSEBUT.... intipati JANJI...Ah Jib Gor...
  • Warkah Sts · Top Commenter · Works at The Independent
    Gerakan lagi teruk, puluh tahun...x tunai janji...dah kalah dulu baru nak berjanji..boleh percaya ke..
  • Zakaria Zex · Top Commenter
    poraaaa... jiwa brakyat konon... udah la guan eng,, blk le ke melaka
 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.