Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA DAP TAK MINTA PERATURAN MBKB DIBUANG SAJA ?

DAP mohon hapus saman salun, janji tutup Lynas
Wartawan Sinar Harian
16 Disember 2012
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
 
BAYAN BARU - DAP memohon saman dikenakan terhadap pengendali salun rambut wanita di Kota Bharu, yang memotong rambut lelaki bukan Islam, dibatalkan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pembatalan itu membuktikan Pas dapat memberi keadilan kepada golongan bukan Islam.


“Tiga tahun lalu di Persidangan Kebangsaan DAP, berlaku kekecohan berhubung penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam. Ia dieksploitasi golongan yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk memecah-belah Pakatan Rakyat (PR).


“Saya gembira apabila usaha itu tidak berjaya. Sekarang, MCA sedang cuba menggambarkan Pas sebagai parti yang mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Islam antaranya berkhalwat. Ini tidak benar sama sekali,” katanya di Kongres Kebangsaan DAP ke-16 semalam.


Sementara itu, Guan Eng menempelak Barisan Nasional (BN) apabila didakwa mungkir janji terhadap rakyat.


Guan Eng berkata, Kerajaan Pusat  berjanji meningkatkan taraf pendidikan, namun masih belum terbukti.


“Laporan Trends in International Math and Science Study 2011 (TIMSS) mengesahkan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) pada 2009 bahawa pelajar kita terkebelakang tiga tahun berbanding standard antarabangsa dan separuh lagi tiada kebolehan dan gagal menguasai sains dan matematik,” katanya.


Menurutnya, DAP berjanji akan hapuskan kilang loji nadir bumi Lynas jika PR memerintah negara nanti.


“Kita berjanji akan menghapuskan kilang Lynas jika kita memerintah. Ini kerana, BN memungkiri janji mereka. Dulu mereka berjanji untuk membatalkan lesen loji nadir bumi Lynas jika Lynas gagal untuk menghapus sisa toksik mereka," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.