Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAH DATO FAUZI CALON PAS

20 Disember, 2012

Sah!! Dato' Fauzi Shaari Calon Parliman Larut - SU Agung PAS


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan kawasan Parlimen Larut akan diwakili oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari.

Sehubungan itu kata Mustafa, masalah calon di kawasan itu sudah pun diselesaikan dan ia diterima baik oleh akar umbi parti itu.

"Fauzi itu, memang tidak ada masalah. Dia adalah calon untuk kawasan Larut. Itu saya boleh sebut lah," ujar Mustafa.


Memberitahu kepada Sinar Harian Online, dakwaan bahawa ahli Pas kawasan tersebut yang sebelum ini dikatakan tidak berpuas hati dengan pemilihan Fauzi dan mahu memboikot sudah pun diselesaikan.


"Mereka memang sudah terima pun," katanya dalam temu bual khas semalam. Laporan sebelum ini menyebut Fauzi, yang menjadi ahli Pas tahun ini, belum sah menjadi calon kawasan Larut.


Strategi Pas Pusat untuk meletakkan Fauzi yang baru empat bulan menjadi ahli Pas menimbulkan kekecohan di kawasan itu apabila Yang Dipertua Pas kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang dipersetujui sebagai calon kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selama, terpaksa digugurkan.


Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli Pas kawasan itu berang.


Kemuncak kepada itu, 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama dikatakan nekad tidak mahu mengundi pada PRU13 ekoran pengguguran Dhari.
~sinar

1 orang berkata:

Asrul Sani said...

Buatlah apa yang patut. Sedangkan pemilihan untuk menjadi khalifah Al Rashidin pun umat Islam berpecah dan ada golongan yang terus keluar permuafakatan, inikan pulak soal bakal calun Parlimen Larut.

Masing-masing tepuk dada tanya selera, apakah yang diutamakan dalam perjuangan mereka selama ini; samada memperjuangkan individu tertentu demi kepentingan tertentu atau memperjuangkan organisasi demi matlamat jangka panjang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.