Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMSENG PUAKA

Politik samseng: Siapa bersalah?
DR ISMAIL IBRAHIM
13 Disember 2012
Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita
$entry.content.caption.value
 
INISIATIF yang diambil oleh akhbar Sinar Harian menganjurkan wacana dari semasa ke semasa diharapkan menjadi satu arena pendidikan yang baik untuk mendidik para penceramah wacana dan pesertanya, agar menjadi lebih matang, kerana selama ini nampaknya sesetengah para penceramah dan peserta wacana atau debat terutamanya yang melibatkan isu polik, masih jauh ketinggalan dari menggambarkan imej masyarakat yang benar-benar bertamadun dan beradab.

Kita tentulah mengharapkan bahawa wacana seperti ini sekiranya sentiasa diadakan dalam suasana yang penuh kesedaran dan hikmah yang tinggi, maka pada suatu hari nanti kita juga akan dapat melihat suasana debat yang sihat seperti yang dapat kita saksikan ketika berlangsungnya beberapa kali  perdebatan menjelangnya pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini di antara Obama dan Romney.  

Wacana terakhir mengenai Politik Samseng merupakan satu medan perbincangan yang baik. Pertama ialah untuk menjelaskan secara yang agak berilmu tentang tajuk ini. Kedua untuk mengetahui tentang punca dan sebab musababnya gejala ini menjalar di dalam masyarakat kita. Ketiga untuk menjelaskan apakah masaalah dan kesan buruk yang diakibatkan oleh gejala ini. Keempat setelah mengenali masalah yang timbul dan wujud dalam masyarakat kita, maka barulah dapat dicarikan penyelesaian untuk menghapuskan gejala negatif dari permasalahan ini.

Ramai orang yang mempunyai masalah dan kerisis di dalam diri atau masyarakatnya, tetapi tidak menyedari akan wujudnya masalah yang dialaminya, malah ramai pula yang merasakan bahawa mereka tidak mempunyai masalah langsung, oleh itu mereka merasakan tidak perlu mengambil sebarang tindakan apa-apa, lalu masalah yang mereka alami itu tidak akan diselesaikan.

Oleh itu dalam pergolakan politik yang berlaku di negara kita pada masa kini, nampaknya wacana ini bertujuan untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita sememangnya sedang menghadapi masalah politik yang membimbangkan, iaitu politik yang diselubungi oleh gejala samseng yang merbahaya.

Moderator wacana ini, Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar yang mempengerusikan Wacana ini yang bertajuk "Politik Samseng, Di Mana Maruah Kita" memberikan komennya "ketika membaca topik ini, saya seolah-olah terperangkap, kerana sejak tahun 1955 kita tidak pernah dilanda dengan politik samseng, namun sehingga 1969 negara tidak lagi berada dalam politik siuman". Beliau seterusnya menegaskan ".... kemungkinan besar perubahan itu berlaku disebabkan beberapa insiden seperti perarakan Bersih, Stop Lynas, atau isu mendoakan kehancuran parti Barisan Nasional (BN) di Kota Bharu, baru-baru ini" (Sinar Harian 7 Disember 2012).

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh, menyatakan bahawa 35 peratus respondan  terhadap kajian yang dilakukannya menyatakan muak dengan situasi politik semasa negara ini.

Bagi saya, moderator dan Presiden IIM ini nampaknya bersikap objektif dalam mengemukakan pandangan dan penelitian mereka tentang tajuk yang dibincangkan, terutamanya Presiden IIM yang mendasarkan pandangannya berasaskan fakta yang didapatinya melalui satu kajian yang telah dijalankannya.

Hakikat pembangunan masyarakat negara-negara ketiga pada masa kini, termasuk negara-negara Islam, ternyata bahawa kajian dan penyelidikan di dalam sesuatu isu, adalah amat berkurangan. Umat Islam sering mengambil kesimpulan yang lebih berbentuk sentimen dan emosi, bukan berdasarkan fakta dan data penyelidikan. Contoh yang dibuat oleh Presiden IIM ketika mengeluarkan fakta penyelidikannya adalah amat baik untuk diteladani.

Bagaimanapun, pada umumnya, dengan berdasarkan liputan berita akhbar Sinar Harian yang tersebut itu sahaja, saya mungkin telah membuat kesimpulan yang salah. Namun bagi saya, politik samseng yang sebenarnya, seperti peristiwa yang mengakibatkan tercetusnya kekacauan berdarah 13 Mei dalam sejarah hitam negara kita itu, pada masa kini hanya kelihatan percikan bunga apinya saja.

Percikan bunga api ini belum melarat memarakkan api yang besar untuk membakar sentimen dan emosi perkauman yang besar. Bagaimanapun api yang kecil sekiranya dibiarkan menyala dan marak terus maka api itu akan menjadi besar dan merbahaya.

Maka dalam mengambil iktiber dari sejarah inilah agaknya tajuk wacana ini mengutarakan gejala politik samseng untuk dibincangkan.

Saya rasa dalam pergolakan politik samseng di negara kita ini, atau politik tidak bertamadun yang boleh membawa kepada politik samseng yang sebenarnya kemudian kelak, adalah merupakan refleksi kepimpinan politik kita pada masa kini yang sering mencampur adukkan diantara emosi dan sentimen, persepsi dan salah gambaran yang sering diamalkan oleh pimpinan parti politik dalam segala peringkan kepimpinannya dari atas, pertengahan dan bawahan bagi sesuatu parti politik itu.

Majoriti pengikut parti yang fanatik dan taksub akan mengambil contoh dari perlakuan, pembicaraan dan tindakan serta pemikiran ketua-ketua partinya sendiri, terutamanya dalam menentukan buruk baik dasar partinya dan parti lawan, tanpa rasional lagi.

Satu perkara lain dalam isu politik "kotor" ini nampaknya semakin marak dan berkembang selepas pilihan raya yang terakhir, ketika beberapa buah Kerajaan Negeri telah dirampas dari kerajaan lama. Tidak ada lagi garis pemisah yang kelihatan di antara isu politik dan isu dasar Kerajaan untuk semua rakyat. Isu politik kepartian adalah jelas iaitu perbezaan ideologi politik berdasarkan politik kepartian. BN tentunya akan menunjukkan perbezaan dari Pas, PKR dan DAP. Demikianlah sebaliknya iaitu apa-apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN di peringkat pusat atau negeri, sekiranya perkara itu diibaratkan berwarna hitam, maka parti politik pembangkang akan mengatakannya putih. Mereka tidak mungkin melihat warna itu mengikut hakikat yang sebenarnya dalam banyak hal.

Sebaliknya dasar Kerajaan Pusat yang dilaksanakan untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik masing-masing, sering juga mendapat tentangan dari Kerajaan Negeri yang di perintah oleh pihak pembangkang seperti yang berlaku dalam isu kamera AES iaitu bagaimana isu ini telah dipolitikkan sebegitu rupa untuk menentangnya walau pun sistem kamera ini telah berjalan di banyak buah negara dunia untuk keselamatan rakyat.

Nyawa pemandu kereta telah dijadikan risiko yang besar semata-mata atas persepsi dan gambaran yang tidak selaras dengan kenyataan yang sebenarnya. Kerajaan Negeri melalui parti yang memerintahnya haruslah sentiasa membezakan di antara keputusan politik yang dibuat oleh kerajaan pusat umpamanya sebelum bertindak menentang apa-apa saja dasar kerajaan pusat untuk kepentingan rakyat.

Sebab itulah dalam membangkitkan sentimen politik samseng dari sudut ketaksuban dan cetusan emosi, juga sentimen, maka para pengikut parti politik dan penyokong setianya sering dikelirukan oleh kepimpinan parti politik yang tertentu, samalah juga seperti yang ditegaskan oleh Presiden IIM bahawa ketika seorang ahli panel mengucapkan salam 1Malaysia maka terdapat para peserta wacana ini yang telah menunjukkan sikap yang negatif dan sinikal.

Mungkin banyak lagi wacaana politik yang seharusnya diadakan dalam membincangkan isu ini, terutamanya dalam menonjolkan masalah ini untuk benar-benar difahami oleh semua, kemudian mencari jalan dan jawapan yang sekira-kira dapat menjadi percubaan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah ini, dari sudut pimpinan parti politik di semua peringkatnya, juga ahli dan pengikut buta parti yang taksub tanpa rasional.

Selagi isu sebenarnya tidak diserlahkan dan dianalisis dari segi penyelesaiannya, maka selama itulah "politik" akan menjadi satu isu yang amat disalah mengertikan, (walau pun Moderator Wacana ini seperti yang diberitakan oleh Sinar Harian mengatakan bahawa isu politik adalah mudah difahami berbanding isu ekonomi dan sebagainya). Saya rasa isu politik menjadi amat rumit ketika masing-masing pihak - by hook or by crook - berusaha untuk mempertahankan kuasa atau merebut kuasa diantara satu dengan yang lain menjelang PRU13 ini.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.