Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SATU-SATUNYA HARAMJADAH DALAM DAP

Pas jawab Karpal, Hadi tak perlu komen isu salun
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
12 Disember 2012
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali 
 
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu menyatakan pendirian parti bersabit isu pengasingan gender di Kelantan seperti yang diminta Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana perkara tersebut di luar bidang kuasa pemimpin parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Karpal sepatutnya maklum bahawa hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang dan pentadbiran merupakan hak mutlak kerajaan negeri sementara parti hanya boleh memberi nasihat. 


"Dia (Hadi) tidak ada kuasa untuk campur tangan begitu. Karpal sebagai ahli undang-undang dia kena tahulah, hak kerajaan dan hak parti politik.


"Apa yang melalui kerajaan, kita kena serahkan kepada kerajaan lah untuk uruskan. Ia ada peraturan dan kaedahnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. 


Karpal menerusi satu kenyataan media semalam meminta Hadi menyatakan secara terbuka pendirian parti itu mengenai isu pengasingan gender membabitkan kes salon di Kota Bharu baru-baru ini dan bukannya menyerahkan isu itu kepada Exco Kelantan. 


Katanya, sikap mendiamkan diri Exco Negeri dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam menunjukkan sikap kerajaan yang tidak bertanggungjawab. 


Menjelaskan perkara itu, Mustafa memberitahu, beliau difahamkan sudah ada penyelesaian bersabit kes terbabit. 


Cuma katanya, adalah tidak kena jika Karpal meminta Hadi menyatakan pendirian parti mengenai isu itu kerana tanggungjawab berkenaan bukan urusan parti politik. 


"Kalau pun presiden hendak periksa, dia akan periksa melalui kerajaan negeri. Dia tidak boleh campur tangan secara langsung tentang soal pentadbiran ini. 


"Kita boleh beri pandangan kita, tetapi yang akan bertindak, yang akan berunding itu adalah pihak yang berkenaan," jelasnya lagi. 


Kes salun di Kota Bharu Kelantan itu menarik perhatian ramai apabila seorang pengurus kedai gunting rambut di bandar itu mendakwa disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010, mengakibatkannya didenda antara RM200 hingga RM350.


Menurut Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, tindakan Kerajaan Negeri melaksanakan dasar itu sebagai langkah menjaga maruah wanita, sama ada Islam atau bukan Islam daripada menjadi mangsa gangguan seksual selain terjebak dalam jenayah pelacuran.

 

  • Firdaus Bin Omar · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Karpal mesti berhenti suka2 buat statement...

    • Razman Rashid · Top Commenter
      karpal ni selalu nk tunjuk hebat. bosan2

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
      Daftar FREE dulu disini:
      http://www.stiforp.asia/wangmasuk

    • Mohd Khairi Wan Ali · Top Commenter · UM (1974)
      ini bukan kes sesuka hati... tapi gini lah jadinya bila berada dalam pakatan yang longgar dan ingat boleh selesai semua hal...

  • Zulkiflie Ali · · Top Commenter
    Tindakan beberapa orang ahli parti Cina Gerakan dari Negeri Sembilan yang mendapatkan khidmat pendandan rambut wanita (Cina) di Kota Bharu dengan tujuan untuk mencabar pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BI) adalah satu tindakan paling bidap dan huduh. Walaupun ia masih dalam kerangka politik tetapi tindakan sebegitu 'menyerang' negeri orang lain sesuatu yang mencabar dan biadap.

    Apa dilakukan oleh kumpulan berkenaan boleh mencetuskan bahaya besar di masa akan datang. Cabaran begitu sekali lihat ia gimik politik tetapi hakikatnya ia mencabar maruah umat Islam Kelantan seluruhnya. Kota Bharu adalah ibu negeri orang Kelantan bukan ibu negeri orang Cina.

    Benar MPKB BI yang dicabarkan tetapi hakikatnya perbuatan itu seperti ia cuba mengosok muka orang Kelantan seluruhnya dengan tangan yang baru sembelih babi.

    Gerak...See More

  • Haji Mohd Yusof Muda · Top Commenter
    Karpal patutnya masuk MCA bukan DAP...ini semua gara-gara nak dapatkan undi bukan Islam...undang-undang untuk menjadi keharmonian rakyat pun dituduh sebagai undang-undang hudud...

  • TunjangBoy Kodiang · Politeknik Ungku Omar
    Undang2 Kecil untuk salun rambut KB, mana berikut petikan yang salah?
    a) Karpal DAP minta dikaji semula kepada non muslim
    b) MCA dan Gerakan kata " PAS laksana hudud kepada non muslim".
    c) Penyokong umno kata " Pas takut pada DAP"
    d) Penyokong Umno, Gerakan, MCA tak faham antara hudud dan undang2 kecil berkaitan moral

  • Faiz Voo Fasirul · Top Commenter · S.M all saints likas secondary school
    karpal patut belajaq untuk tidak bercakap lepas..........dah tua sedaq-sedaq ler.....takut nanti terkena serangan sakit jantung..........

  • Mohd Khairi Wan Ali · Top Commenter · UM (1974)
    betul dah apa Karpal kata tu... kalu faham politik lah

  • Pok Nuss · Top Commenter · Kuala Terengganu
    Betul kata Cikgu Pa.....kapal pusing tak paham atau sengaja buat2 tak paham...
    Kekadang keluar kenyataan yg memperlihatkan kebodohan diri tanpa disedari...
    Dari cakap banyak yg tiada guna baik diam...
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.