Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

[WASPADA] Bil Eletrik Naik 41% Jika BN Kekal Perintah Malaysia

Petaling Jaya, 7 Dis — Sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, PKR menjangkakan rakyat akan membayar tarif elektrik yang lebih tinggi sehingga kadar 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, melalui pelan rasionalisasi subsidi PEMANDU untuk meningkatkan kadar tarif elektrik setiap enam bulan selama lima tahun, pengguna yang kini membayar kadar purata sekitar RM0.33 sen /kWj, akan membayar sehingga kadar mencecah RM0.46 sen /kWj.

“Rakyat akan sengsara dengan kenaikan 41 peratus kadar bil elektrik bagi tempoh empat tahun seterusnya,” kata Wong, serta menambah kenaikan pertama tarif elektrik sudah pun dilaksanakan pada Jun tahun lalu.

Jelas beliau, melalui cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menyemak semula kadar pulangan atas pelaburan (ROI) untuk Pembekal Kuasa Bebas (IPP) pada kadar purata 10 peratus berbanding 19 peratus sekarang, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mampu untuk menjimatkan bayaran kapasiti sebanyak RM2.6 bilion setahun.

“Kadar 10 peratus ini adalah penanda aras global yang digunakan di peringkat antarabangsa, malah PR juga akan menguruskan rizab margin pada kadar optimal 20 peratus, berbanding sekarang, 38 peratus.

“Bagi setiap 1 peratus, sejumlah RM483 juta hilang sebagai pelaburan terkandas, oleh itu pengurangan 18 peratus rizab margin dapat menjimatkan pelaburan terkandas sebanyak RM8.7 bilion, dan dengan bayaran kapasiti 10 peratus ROI, TNB dapat jimat sebanyak RM870 juta setahun.

“Dengan merundingkan semula IPP pada kadar 10 peratus (RM2.6 bilion) dan mengurangkan rizab margin kepada 20 peratus (RM870 juta), keseluruhan penjimatan TNB adalah RM3.47 bilion setahun,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Menurut Wong lagi, purata keuntungan TNB sekarang adalah RM2.14 bilion, dan melalui penjimatan bayaran IPP sebanyak RM3.47 bilion, TNB akan memperolehi keuntungan mencecah RM5.61 bilion setahun.

“Keuntungan yang tinggi ini akan mampu mengurangkan hutang TNB ... dan yang paling penting, dengan keuntungan tinggi ini TNB tidak lagi perlu meningkatkan tarif elektrik yang akan membebankan pengguna,” katanya.

Beliau turut menjanjikan kerajaan PR akan memberikan jaminan, sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya selepas PRU13, 10 peratus saham TNB yang dimiliki Khazanah akan dipertimbangkan untuk dijual kepada kesemua 30,000 pekerja TNB.

“Ini adalah sebahagian daripada dasar ekonomi “management buy-out” kita untuk mewujudkan kelas menengah pengurus-pemilik dan juga mengurangkan penglibatan kerajaan di sektor swasta,” katanya lagi.

Beliau sebelum ini mendakwa, keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik TNB, apabila syarikat milik Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.

Wong turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun. -FMT

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.