Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO KENA SAMBUT CABARAN INI JIKA MEREKA IKHLAS SEBAGAI ORANG ISLAM TULIN

INI SATU CABARAN HEBAT, HANGPA NAK KOMEN MACAM-MACAMPUN TAK PA ITU HAK HANGPA, BAGI PAK KARAMU JIKA UMNO ANAK JANTAN ADA kote MAKA MEREKA WAJIB SAMBUT CABARAN INI JIKA TIDAK SAHLAH UMNO DAH MURTAD, BAGI PAS TAWARAN INI BUKAN SATU GIMIK POLITIK, JIKA IA SATU LAKUNAN PAS MAKA PAS WAJIB DIBUNGKUS Pak Karamu
 
Pas sedia dibubar
Mohd Idros Mohd Ali
8 Disember 2012
 Hashim Jasin
Hashim Jasin
KANGAR - Pas sedia dibubarkan dan semua ahlinya menyertai Umno jika parti itu melaksanakan hukum Islam di negara ini.

Hashim Jasin (Pas-Sanglang) berkata, Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Aziz Nik Mat) pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam.


Bagaimana pun, beliau berkata setakat ini tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk menyertai Umno kerana ia masih gagal melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Islam.

“Saya tidak akan menyertai Umno kerana ia menolak hukum Islam,” katanya ketika ketika perbahasan Bajet 2013 peringkat jawatankuasa, semalam.


Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (BNTambun Tulang) yang ingin tahu sama ada wakil Pas itu akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana doa mereka agar ‘Umno KO’ tidak dimakbulkan.


Shahidan berkata, Umno akan terus meraih kemenangan cemerlang dalam PRU akan datang kerana ALLAH SWT merestui perjuangan selama ini.


Hashim berkata, jika mahu menyertai Umno, beliau boleh berbuat demikian sejak dahulu lagi iaitu ketika berkhidmat dengan Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur.


“Saya mempunyai ramai kawan dari Umno termasuk dalam kalangan timbalan menteri dan setiausaha parlimen (ketika itu).


Mereka mengajak saya tetapi saya menolak kerana tidak dapat menerima perjuangannya.


“Jadi saya tidak akan menyertai Umno walau apa pun yang terjadi,” katanya.


Sementara itu, Shahidan membidas Hashim kerana menuduh Umno menolak Islam sebaliknya menegasksn parti itu berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.


“Biarlah Mursyidul Am Pas seorang yang menuduh Umno tolak Islam. Saya harap YB tidak terikut-ikut dengan keadaan itu.


“Saya kesal Pas tidak konsisten dengan perjuangannya. Dulu Pas kata nak menegaskan negara Islam tetapi kini mahu melaksanakan negara berkebajikan,” katanya.


Menurutnya, Umno sudah lama memperjuangkan negara kebajikan dengan menyalurkan pelbagai kemudahan kepada rakyat sejak merdeka lagi.


"Pas tidak berani mempertahankan perjuangannya disebabkan menghadapi tekanan dari rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR," katanya.

 
 
  • Abd Fataf · Top Commenter
    Mengapa Umno yg berkuasa dan sentiasa mendakwa melaksanakan Islam tak berani nak laksanakan Hukum Islam dalam perundangan negara? Cer isytihar kita pakat2 bersatu demi Islam. Masa ada kuasa lah kalau nak buat pun...Dah tak de kuasa esok menangis je lah spt di PAU baru ni...
    • Abdul Latif Abu Samah · Kuantan
      Apakah Pas masih berharap kepada UMNO yang telah dimurtadkan dan didoakan kehancuran untuk menegakkan hukum Islam? Yang tinggal sekarang hanya Parti Pas membawa panji Islam. Jatuh wajib Pas melaksanakan hukum Islam, bermula di negeri-negeri di bawah takluknya. Kita harap Pas tidak lagi hanya pandai main gimik-gimik politik sahaja. Ayoh Pas tegakkan hukum Allah di Kelantan dan Kedah. Bila lagi? Jangan lepas PRU senyap pulak, itu munafik namanya.
    • Razman Rashid · Top Commenter
      ustak hashim x perlu lyn soalan shahidan tu. dia cuba menangguk di air yg keroh tu

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
      Daftar FREE dulu disini:
      http://www.stiforp.asia/wangmasuk
    • Asrizal Aziz · Principal Architect at Membership Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)
      nak laksana kan..kene dapat persetujuan kerajaan pusat dulu.. kita ni jangan jadi buta perundangan malaysia pulak.. bukan senang2 nk buat.. royalti pn pusat xbagi.. ini kan hudud..
  • Syed Munir · Top Commenter
    Ya, PAS akan melaksanakan hukum hudud yg ditarbiyyah oleh DAP dan PKR. Itulah taraf Islam PAS.
    • Azhar Zainal Abidin · Top Commenter · SMK Aminuddin Baki
      Kami bkn menolak hukum islam,, tetapi kami menolak PAS , dakwah pon tak buat, tak lepas lagi tetiba nak buat hukum. bawah perntadbiran Umno tanpa disedari ada sahaja hari hari ramai org masuk islam dan ramai pula yg islam masuk ke islam, dakwah no 1, perang sabil no 2
  • Muhammad Norhafiz Hashim · Top Commenter
    Kalau benar DS Shahidan mengatakan Umno benar2 memperjuangkan Islam, bagaimana Presiden Umno sendiri gagal menasihati isteri mereka menutup aurat dengan baik, itu baru bab aurat, belum sentuh bab rasuah, salahguna kuasa dan pertuturan yg memaki hamun rakyat yg tidak menyokong Umno...

    Aduhai Bangsaku...

    Rakyat Malaysia kini bijak berfikir, jangan membiarkan diri Umno diperbodohkan atas sifat 'angkuh' mu itu... Rakyat Malaysia tidak mahu politik 'samseng' cuba dihidupkan di Malaysia ini, jika PR buat ceramah hormati mereka, ada fitnah BN boleh saman dan nafikan kenyataan PR, ikutlah lunas undang2 yg sedia ada... Baru kita seluruh Rakyat Malaysia hidup 'Aman Damai'... Amin...
  • Anak Jawa · Top Commenter
    dan siapakah puak puak munafik dari parti pas ..yg konon nya islam mereka lebih islam nya dari orang orang islam yg tidak berkiblatkan pada parti pas...dan siapalah nik aziz utk memurtadkan orang islam lain yg tidak berkiblatkan pada parti pas..dan siapalah adik nik aziz yg sewenang nya mendoakan kepada kehancuran umat islam yang tidak berkiblatkan parti pas...dan siapalah parti pas yg mendakwa parti itu adalah pendokong islam..dari parti parti yg tidak bernama pas..jawapan nya...parti pas dan ahli ahli munafik nya ...adalah pelacur yg telah melacurkan agama islam ...agama suci allah hanya semata mata ingin dan rakus utk berkuasa...
  • Hasaruddin Hassan · Top Commenter · Works at Business Owner
    Siapalah UMNO dan pemimpin UMNO hendak menolak hukum Islam, melawan Allah..sebaliknya Islam dimertabatkan sehingga kini..manakala PAS dgn jelas menolak Islam melalui perjanjian sulit dan Buku Jingga kata Cikgu Non dan ditukar kenegara berkebajikan (lihat youtube).. Sebaliknya PAS & UMNO perlu duduk semeja berfikir dan berhujah kaedah terbaik untuk melaksanakan hukum Islam..setakat keluar kenyataan retorik didlm akhbar orang kampung pun boleh...walahualam..
  • Aizat Mohd · Top Commenter · University of Malaya
    "Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Aziz Nik Mat) pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam."
    aik, macam ku pernah dengar perkataan ni... camne ye..camni kot.. "lepas Tun DrM turun, ambo pun letak jawatan"- dah bertahun dah ni tun letak jwtn..hehe
  • Zaidi Idi · Miri, Sarawak
    Ulama umno dengan ulama pas elok lah berbincang...ambik jalan yang terbaik...
  • Syed Azmai · Top Commenter · Maktab perguruan lembah pantai kuala lumpur
    Banyak mana UMNO implimentkan Islam dan banyak mana PAS implemenkan islam?
  • Hashimuddin Mohamed · Top Commenter · Mindanao State University
    Inilah masalahnya apabila Islam dilihat dari susdut yang sempit. Apakah pas bermaksud bahawa Islam sekadar hukum hudud semata2?? kalau begitu, apakah sumbangan pas terhadap enakmen jenayah syariah yang sudah lama berjalan dengan ketidakadilan di segi perlaksanaannya?? pas sepatutnya mengkaji dan menanbah baik enakmen ini sebelum bercakap pasal hudud. Apakah adil bagi pas melaksanakan hudud bagi org islam semata? apakah adil jika seorang perempuan muslim disebat kerana berzina manakala pasangan bukan islam nya terlepas begitu sahaja. Perbetulkan perkara ini dulu sebelum bercakap tentang hudud. jika tidak, rakyat hanya akan melihat hudud sebagai alat politik pas semata2...
  • Haifa Wasabi · Top Commenter · UiTM Puncak Alam
    aku pun nak sertai Pas kalau Pas dapat tunjukkan pelaksanaan hukum Islam yg sudah dilaksanakan di Kelantan dan Kedah.
    • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
      banyak undang-undang termaktup pada perlembagaan pusat..
      pusat berkuasa penuh...negeri sikit saja..sebab tu pusat
      mesti ditumbangkan..kalau ini berlaku aku yakin kelantan
      negeri pertama laksanakan..
  • Osman Hashim Osman · Top Commenter
    Tak payah kah undang PAS menyertai Bn kerana Islam PAS dengan UMNO tak sama level PAS beranggap dia benar benar islam ini lah fahaman PAS sejak nak PRU13 semata mata nak raih undi di kalangan masyarakat yang tak tentu arah tuju nya.Bila dah bekenyataan saperti berita ini ,sudah di nanamakan katagori bongkak.
  • Mohd Kadri Shoid · Top Commenter
    Apa guna kita gaduh pasal hukum? Kalau nak buat hukum hudud tak perlumengunakan saluran politik, kita mohon dasar agama islam. Yg berkuasa spt majlis raja-raja dakwah kpd raja kerana mereka yg berhak menentukan martabat islam dimuka bumi malaysia yg tercinta
  • Afiq Muhammad · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    kenyataan nak pecah-belahkan PR je... boleh, boleh blalah itu umno/bn
  • Haifa Wasabi · Top Commenter · UiTM Puncak Alam
    Dan aku boleh katakan Hashim Jasin ini adalah pemimpin pas yang paling bahalol.
  • Osman Hashim Osman · Top Commenter
    Pas cakap tak serupa bikin
  • Jurutalqin Umno · Top Commenter
    ssiapa sj yg menentang KRU(KomitmenRestuUlama) maka trcatatlah namanya sbgai hamba kpd (MID)MunafikIblisDajjal. tdk ada pihak ke3, atas-pgr pmerhati uzur-brkecuali atau sbgainya krana tdk ada alam ke3 selain syurga-nraka. BN(BahanapiNraka)
  • Aisyah Mardhiah
    umno tiade niat dulu ,kini dan selama-lamanya mahu laksanakan ioslam. 55 tahun draf pelaksanaan islam belum wujud. anekman syariah di -pejabat agama bukan syariat islam ia hanya digubal oleh lord reid laknatullah.
  • Syar Iman
    pendek pikire blako puok politik ni,islam tok islam syurgo tok syurgo,wak mari bulih setoko gak bene la ngundi,kalu kedekut gak ko.tu la islam otok ude jame lo ni, pitih, pitih, pitih.
  • Zahari Sulaiman · SMK Lemal
    Setuju dg pandangan ust Hashim Jasin...blah mn weh..puok demo..(PEKEMBAR-UmnO)
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.