23 November, 2013
Kerajaan PR Selangor 'Kejam' Terhadap Rakyat
Tak habis-habis kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nak menindas dan
menzalimi rakyat Selangor ... kini giliran nak beri bas awam percuma
pula... Tirulah macam kerajaan UMNO/BN .. semua perlu di bayar .. tiada
istilah percuma dalam kamus kerajaan UMNO/BN.
Kegagalan Kerajaan Pusat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang
berkesan mendorong Kerajaan Negeri memikul tanggungjawab itu demi
kepentingan dan kemudahan rakyat.
Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim, berkata walaupun tidak
mendapat sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat atau mana-mana
pihak dan dengan kekangan sumber kewangan yang terhad, Kerajaan Negeri
memperkenalkan inisiatif perkhidmatan pengangkutan bas awam percuma.
Menurut Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), Kerajaan Negeri juga sentiasa
bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi
memastikan sistem pengangkutan awam di Selangor selari dengan
pembangunan pesat dan peningkatan penduduk.
“Untuk tujuan itu, Jawatankuasa Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat
yang di selaras oleh pihak SPAD dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
akan membincangkan pelaksanaan inisiatif ini secara bersepadu.
“Antara faktor yang harus diambil kira ialah perkhidmatan ‘FeederBus’
yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi perhubungan
kawasan kejiranan dengan stesen pengangkutan rel (MRT/LRT) tidak
bertindih,” kata Chang Kim.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Semenyih,
Datuk Johan Abdul Aziz (BN) berhubung perkembangan perkhidmatan
pengangkutan awam yang terkandung di dalam Manifesto Pilihan Raya Umum
13 (PRU13) Pakatan Rakyat.
Ujar Chang Khim, setiap kertas cadangan rangka kerja perkhidmatan bas
awam percuma yang disediakan kesemua lapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
juga akan diperhalusi mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan
bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan berkesan.
Lapan PBT yang terlibat ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),
Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),
Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan
Majlis Perbandaran Sepang (MPSP).
“Secara dasarnya perkhidmatan ini diberikan kepada semua pihak tidak kira sama ada warga emas, miskin dan lain-lain.
“Terdapat juga cadangan yang masih dalam pertimbangan seperti permintaan
MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) yang mahu mengenakan bayaran RM 0.50
dan cadangan untuk tidak membenarkan mereka yang bukan warganegara
menikmati perkhidmatan percuma ini dan sebagainya.“Kesemua cadangan ini
kita akan bincangkan,” kata Chang Kim.
Beliau juga berkata, perlaksanaan perkhidmatan ini akan diperluaskan ke
kawasan luar bandar dan pinggiran bandar jikapermintaan meningkat di
kawasan-kawasan berkenaan.
Buat masa ini, MBPJ mendahului perkhidmatan bas komuniti percuma sejak
tahun 2008 yang meliputi laluan mengikut zon iaitu Zon Petaling Jaya
Selatan (PJS) dan Zon Petaling Jaya Utara (PJU).



0 orang berkata:
Post a Comment