DHPP kesal Pas gagal sedia kad ahli
SHAH ALAM - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kesal dengan Pas Pusat
yang masih belum mengeluarkan kad keahlian mereka walaupun sayap parti
itu sudah ditubuhkan sejak tiga tahun lepas.
Pengerusinya Hu Phang Chow berkata, anggota-anggotanya sudah tiga tahun menunggu kad itu setelah berjuang mendapatkannya.
"Kita harap kad ahli dapat dikeluarkan sebelum 31 Disember ini," katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden pada Muktamar Pas ke-59 di sini, hari ini.
Isu kad keahlian itu pernah dibangkitkan perwakilan parti kerana Pas Pusat seolah-olah telah mengabaikan keperluan dan kebajikan anggota DHPP
termasuk mengiktiraf dan mendekatkan diri mereka dengan Islam.
Phang Chow turut kesal dengan sikap pimpinan Pas Pusat yang tidak pernah menghantar surat rasmi kepada mereka untuk menghadiri muktamar itu.
Beliau mendakwa, Pas Pusat lebih memilih DAP yang kononnya mewakili masyarakat Cina jika ada mesyuarat peringkat pusat, negeri dan kawasan.
"Bila sudah menikah dengan Fatimah, jangan (tidak) lagi ingatkan Aminah.
"Oleh kerana DPHH sayap rasmi dalam Pas, maka saya harap Pas mewajibkan kami menghadiri mesyuarat," katanya. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment