Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BOLEHPUUUUUUN ! NEGERI LAIN AMCAAAAAM !


ALHAMDULILLAH!!! Sultan Johor Isytihar Cuti Negeri Pada Jumaat dan Sabtu Mulai 1 Januari 2014.. Jom Terjah!!!


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.
Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.
Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.
"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.
Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet.
Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu.
Khazanah Nasional Berhad melabur berbilion ringgit untuk Wilayah Pembangunan Iskandar yang diilhamkan sebagaimana Shenzen, China merentasi Hong Kong.
Kawasan pembangunan itu yang dilihat melonjakkan pasaran hartanah mula menarik usahawan kecil dan sederhana, malah syarikat lain juga berhasrat melabur di kawasan itu.
Namun, pengumuman cuti baru itu akan memberi kesan terhadap pelaburan akan datang berikutan ia tidak seragam dengan kawasan jiran seperti Singapura dan kawasan lain di Semenanjung Malaysia.
Salah satu perniagaan yang dilihat mencatatkan peningkatan pengunjung adalah resort Legoland apabila cuti baru itu akan menarik pengunjung dari Johor sementara yang lain memilih berkunjung pada Ahad, kata penganalisis.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.