Memang PAS merasa terguris dengan kenyataan Karapal atas kenyataan celupar dan biadapnya, Dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan demikian melainkan atas dasar pandangan pribadinya, bukan pandangan DAP dan dia telahpun menyatakan pendiriannya tidak berniat untuk menggesa membatalkan parti PAS, apa yang dinyatakannya ialah pandangan bahawa parti yang berpandukan agama dan bangsa tidak membawa kepada kerukunan diantara kaum di negara ini, mungkin kenyataannya ikhlas namun dia tidak tahu bahawa kenyataannya itu sangat sensitif atau dia memang mencari pasal
Karpal sudah banyak kali membidas dan menghina PAS dan dasarnya, kadangkala dia bercakap atas pndangannya sendiri mungkin kerana keikhlasannya atas dasar harmoni, dalam masa yang sama mungkin dia terlupa bahawa kenyataannya itu tidak sesuai diluahkan kerana masalah agama adalah masalah yang berkaitan dengan kepimpinan negara iaitu Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan serta perlembagaan negara yang telah termaktub iaitu agama islam adalah agama persekutuan yang tidak boleh disentuh secara yang biadap
UMNO pernah mengesyurkan supaya PAS tidak berjuang atas dasar agama akan tetapi dibantah oleh raja-raja melayu, ertinya cadangan dan pandangan Karpal ini seolah-olah mengulangi dasar yang pernah dibawa oleh UMNO, ertinya cadangan Karpal ini adalah cadangan dan pandangan yang lapok diulang kembali, walau apapun keceluparan Karpal ini telah ditangkis oleh beberapa pimpinan PAS dan Karpal kemudiannya telah membetulkan pendiriannya, sebelum itu Lim Kit Siang telahpun membuat kenyataan tentang isu keceluparan Karpak itu dengan mengatakan bahawa itu pandangan pribadi Karpal
Apabila kita teliti kenyataan Karpal tentang isu parti agama maka kenyataan itu dibuat hampir dengan muktamar agong PAS, secara kebetulan pula Isu hudud berkumandang dimainkan oleh PAS, lalu Tan Sri Anuar Musa dari UMNO telah membuat kenyataan diluarjangka menyokong hasrat PAS untuk melaksanakan Hudud demikian juga PKR apabila wakilnya dari Kuantan telah membuat sokongan jika isu itu dibawa kedalam Parlimen untuk dibahaskan, persoalannya mengapa isu ini dikaitkan dengan perhimpunan Muktamar dengan mengaitkan pula dengan pemilihan pucuk pimpinan ?
Isu agama atau parti yang berasaskan agama jika dipertikaikan maka sepatutnya bukan PAS bersaorangan sahaja dipertanggungjawabkan akan tetapi ia adalah isu semua umat islam, sepatutnya apabila Karpal cuba mempersoalkan parti yang berteraskan agama maka seluruh umat islam akan bersuara kerana itu adalah hak bagi mereka yang beragama islam, akan tetapi ia tidak berlaku demikian kerana kenyataan Karpal tidak lebih dari kenyataan politik murahan, tujuannya mungkin mahu melihat sejauh mana isu itu mungkin akan menyatukan orang melayu yang beragama islam, secara kebetulan pula UMNO dan PKR seolah-olah menyokong, lalu Karpal menutup mulutnya, mungkin lain kali dia tidak akan menyentuh isu agama lagi, selain itu ianya adalah isu sensitif sekali gus ia seolah-olah mencabar kuasa kesultanan dan raja-raja melayu
Ramai kalangan politik nampak isu ini sebagai isu murahan pribadi Karpal sahaja ia bukanlah isu yang besar yang mesti dikaitkan dengan pemilihan pucuk pimpinan PAS pusat sekalipun ada riak yang menunjukkan bahawa bermulanya kenyataan orang luar yang cuba untuk mencampuri urusan pemilihan yang tujuannya untuk menarik perhatian para perwakilan
Pak Karamu


0 orang berkata:
Post a Comment