Monday, November 4, 2013
Secara Tidak Rasminya PAS Menang di Sungai Limau.. majoriti 1,084
Mula-mula korang tengok kerusi untuk pemimpin-pemimpin BN di atas.. diaorang dah tahu apa keputusannya agaknya.. jadi tak ada siapapun nak tunggu..
BERNAMA Radio melaporkan keputusan Tidak Rasmi PRK DUN Sg Limau pada jam 7.30 malam: PAS (12,069 undi), BN (10,985), majoriti (1,084).
Kalau 'Blackout' nanti tak tahulah pulak keputusannya jadi macam mana pulak...
Sementara itu Ketua Wanita UMNO dilaporkan berkata "Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya..
"Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Saya nampak sebenarnya kalau kita kaji, kita menang dalam kalah, kerana ini kubu kuat PAS," katanya ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang dipertahankan PAS sejak lima penggal yang lalu.
"Saya nak katakan untuk BN ini kemenangan dalam kekalahan," katanya sambil undi untuk BN melonjak, walaupun Sungai Limau dikatakan kawasan hitam untuk parti itu.
Menurut Shahrizat lagi semua alim ulama PAS turun berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.
"Kita tengok wanita di sini minat dengan BN, tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN)," katanya lapor Malaysiakini
Fakta yang perlu kita tahu..
- Seramai 23,249 orang atau 85.5 peratus pemilih keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup pkl 5 petang.
- Pengundi Cina yang keluar mengundi pada PRK DUN Sg Limau seramai 1,065 orang (51.05 peratus)
- Pengundi luar yang keluar mengundi pada PRK DUN Sg Limau seramai 1,773 daripada 3,350 orang (52.93 peratus)
- BN menang PDM Simpang Tiga, BN (794 undi), Pas (397), majoriti 397
- BN menang di PDM Sungai Daun, BN (866 undi), Pas (665), majoriti (201)
- Pas menang di PDM Sungai Dedap, Pas (1,100 undi), BN (641), majoriti (459)
- Pas menang di PDM Bukit Besar, Pas (1,557 undi), BN (443), majoriti (1,114)
- Pas menang di PDM Bukit Choras, Pas (695 undi), BN (141), majoriti (554)
- BN menang di PDM Sg Kering, BN (233 undi), Pas (79), Majoriti (154)
- BN menang di PDM Sungai Limau, BN (691 undi), Pas (426), majoriti (265)
- Pas menang di PDM Matang Buloh, Pas (922 undi), BN (709), majoriti (213) -



0 orang berkata:
Post a Comment