Pemilihan: Ingat akhirat sewaktu kempen
- Published on Friday, 15 November 2013 09:40
- Written by Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Mutakhir
ini terlalu banyak penulisan yang dihantar melalui medium baru sama ada
whatsApp, facebook, twitter dan lain-lain yang melampaui batas susila
dan akhlak berjemaah.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata, tulisan atau gambaran melampaui batas susila
akhlak Islam tentu tidak layak mewakili jamaah Islam.
"Saya berharap tulisan-tulisan sedemikian bukan dari kalangan ahli PAS, dan ia sekadar saraf musuh untuk memecahkan jamaah.
"Kita wajib beringat bahawa kita
bertanggungjawab nanti di hadapan Allah dengan apa yang kita tulis atau
lakaran dalam apa jua bentuk.
"Ingatlah, semua tulisan yang kita muatkan akan dibaca oleh pelbagai kategori manusia," ujarnya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, beliau menyeru ahli-ahli PAS
agar menapis setiap berita dan karikatur sebelum dimuat naik atau
sebarkan kepada orang lain.
Beliau mengIngatkan bahawa setiap apa yang ditulis atau disebarkan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
"Ingat kepada nasihat Saidina Umar:
Andainya akhlak kita sama dengan akhlak musuh kita, Allah tidak akan
membantu dan memberi kemenangan kepada kita.
"Marilah kita sama-sama memelihara
akhlak jamaah. Jangan bagi peluang untuk pihak musuh memasukkan jarum
untuk memecahkan jamaah yang kita cintai ini. Semoga Allah ampuni
dosa-dosa kita," ujarnya lagi.


0 orang berkata:
Post a Comment