PR ajak rakyat bantah DBKL naik cukai taksiran
KUALA LUMPUR - PR hari ini menyeru warga kota untuk sama-sama menyertai
bantahan terhadap kenaikan cukai taksiran yang dikeluarkan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), minggu lalu.
Menurut ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, banyak keluhan rakyat didengarnya berhubung semakan semula nilai cukai taksiran tersebut selepas 21 tahun ia tidak dinaikkan.
"Kita akan kemuka salinan petisyen untuk rakyat yang menyewa atau mendiami unit.
"Kenaikan harus berperingkat bukan secara mendadak. Kenaikan seratus peratus kepada 300 peratus... ini tak boleh kita terima," katanya pada pemberita ketika sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau meminta seramai mungkin warga KL menghantar salinan bantahan kepada pihak DBKL.
"21 tahun tidak ada kenaikan semakan semula taksiran, tak boleh salahkan rakyat. Sebab itu kerja pihak berkuasa.
"Kita pinta seramai mungkin orang di KL hendaklah memberi salinan bantahan kepada Pengarah Penilaian Jabatan Pengurusan Harta DBKL," katanya.
Menyentuh alasan yang diberi DBKL, Nurul Izzah berpendapat ianya tidak munasabah.
"Kita nyatakan beberapa sebab kenapa kita bantah. Pertama, alasan yang diberi DBKL, 21 tahun tak dinaikkan, itu tak munasabah.
"Kedua, nilai hartanah di KL tinggi jadi harus diberikan nilai terbaru. Pada saya, tak ada masalah yang kita hadapi tetapi masalah yang kita hadapi, asyik naik," katanya.
Ujarnya lagi, kenaikan nilai taksiran tersebut akan membebankan mereka yang mendiami unit atau menyewa kerana pemilik rumah pastinya akan menaikkan kadar sewa seterusnya membebankan penyewa.
Pada sidang media tersebut, Nurul Izzah memberitahu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini memberi tarikh bantahan sehingga 17 Disember ini.
"Saya bercakap dengan Datuk Tengku Adnan dua hari lepas, di mana beliau memberi tarikh akhir 17 Disember.
"Peringatan saya, kita boleh bincang, boleh bantah tapi jangan jadikan alasan hanya nak kurangkan selepas dikenakan pengenalan 100 peratus sehingga 300 peratus.
"Anda tak boleh guna (alasan) itu. Anda beri notis kurang daripada dua bulan selepas 21 tahun... Anda kena dengar pada rakyat. Saya desak menteri, kerajaan dan DBKL untuk dengar," katanya.
Sebelum ini, Tengku Adnan berkata, kementerian hanya akan membuat keputusan muktamad berhubung kadar cukai baharu selepas mendapat maklum balas penduduk sebelum 17 Disember ini.
Katanya, perkara itu juga akan dibincang dengan kesemua 13 wakil rakyat Wilayah Persekutuan pada 21 November ini.
Tambahnya, notis penyelarasan DBKL kepada warga kota baru-baru ini hanya merupakan kadar yang dicadangkan sahaja.

0 orang berkata:
Post a Comment