Video hina Islam: Pas beri amaran
RANTAU PANJANG - Pas Rantau Panjang kecewa apabila ada pihak tidak
bertanggung jawab menerbitkan video menghina Islam (hukum hudud),
sehingga ia tersebar luas di laman sosial.
Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, setelah
melihat video itu berulang kali, beliau yakin lakonan itu sengaja dibuat
bertujuan mahu menyakitkan hati umat Islam.
Menurutnya, lakonan dan dialog ceritanya terlalu menyimpang sehingga ke peringkat menghina agama mereka sendiri.
“Walaupun mungkin niat asal mahu mempersendakan Kerajaan Kelantan, namun mereka sebenarnya menjatuhkan maruah agama.
“Saya memberi amaran kepada pihak terbabit, agar tidak mempermainkan aqidah kerana ia boleh menjurus ke jalan yang dikutuk ALLAH SWT,” katanya.
Sementara itu, Adun Bukit Tuku, Abdul Rosul Mohamed berkata, video berkenaan berniat mahu memburukkan kepimpinan terutama menjelang Muktamar Pas kali ke-59 yang akan diadakan, Jumaat ini.
“Semua sedia maklum, pihak berkenaan pastinya menggunakan taktik memburukkan kepimpinan Pas menjelang pemilihan pemimpin parti.
“Pihak berkuasa sepatutnya bertindak tegas dengan menapis berita atau apa saja sumber yang tersebar melalui laman sosial,” katanya.
Video yang disertai beberapa wanita tidak menutup aurat, dikatakan mempertikai hukum hudud serta mengaitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 orang berkata:
Post a Comment